Bermulakah drama cantas-mencantas dalam UMNO?
Itu persoalan yang timbul apabila Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan memilih untuk bertanding di Parlimen Rembau yang sedang disandang beliau sejak 2008.
Menariknya apabila Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mencadangkan KJ bertanding di Parlimen Seremban.
Mengikut KJ, beliau diarahkan oleh Mohamad Hasan, merangkap Ketua Bahagian Rembau yang merupakan orang kanan Zahid Hamidi agar mengosongkan kerusi itu.
Mohamad Hasan dilaporkan mahu bertanding di Parlimen Rembau.
Tidak pula dinyatakan kerusi Parlimen mana digantikan untuk KJ.
Adakah cadangan agar KJ bertanding di Parlimen Seremban umpama telunjuk lurus kelingking berkait?
Adakah cadangan tersebut telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang menguasai UMNO?
Parlimen Seremban disandang oleh Anthony Loke Siew Fook dari DAP yang menang dengan majoriti 30 694 pada PRU14.
Jadi apa signifikannya KJ disyorkan bertanding di kubu kuat DAP?
Bukankah ini perancangan halus geng kluster mahkamah untuk mencantas orang-orang yang tidak sehaluan dengan mereka?
Nampak sangat Menteri Kesihatan itu mahu dicantas kerana tidak sehaluan dengan Zahid dan Najib.
Hendak tak hendak ditawarkanlah KJ bertanding di kerusi yang boleh membawa maut kepada karier politiknya.
Sebelum ini pun UMNO tak berani bertanding di situ lalu memberikannya kepada MCA untuk ditandingi.
Akibatnya, DAP menang besar dan MCA dapat malu besar.
Apakah malu itu pula hendak dikenakan kepada KJ?
Belum pasti KJ menerima perlawaan tersebut atau beliau akan diberikan satu kerusi yang selamat di kubu UMNO.
Namun ‘permainan’ kluster mahkamah tentu telah dapat dihidu oleh KJ sendiri.
Dari riak wajah dan tutur kata, beliau kelihatan tidak gembira dengan situasi ini.
Kalau benar perkhabaran awal ini merupakan satu perancangan untuk menafikan orang-orang yang tidak sebulu dengan kluster mahkamah menjadi calon UMNO pada PRU15, maka dipercayai ramai lagi tokoh-tokoh menteri dan Ahli Parlimen UMNO akan dimangsakan.
Apakah nanti akan ada tercetus konfrantasi antara dua kem dalam UMNO di ambang PRU15?
PM Ismail Sabri dijanji untuk dijadikan poster boy UMNO.
Beliau juga dijanjikan untuk dicalonkan menjadi PM sekiranya UMNO/BN menang PRU15. Betul ke bohong?
Ismail Sabri tidak mudah mengikut telunjuk kluster mahkamah agar Parlimen dibubarkan segera.
Beliau telah dapat membaca yang mana betul dan yang mana bohong.
Persoalan seterusnya ialah sejauh mana reaksi dan langkah kem Ismail Sabri apabila telah mendapat signal ini?
Jawapannya akan menyusul tidak lama lagi.
BayangDiAir,