Ucapan terima kasih diberikan kepada Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat, YB Ustaz Ariffin Bin Deraman yang sudi menerima kunjungan hormat daripada GAMIS Terengganu – GT Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Terengganu (GAMIS-T) dan Ikatan Generasi Anak Terengganu i-GenT (I-GenT)
Dalam pertemuan selama 20 minit bersama YB tadi kami menyuarakan kerisauan mengenai pengisian dan juga tentatif perjalanan program tersebut.
Dengan tenang YB berseloroh senda
“Kita wak comey belaka dah. Semua kita sudah kemaskan. Paling best pada Jom Heboh kalini akan ada pengisian yang bermanfaat kepada pengunjung.“
Dengan itu, Gamis-T dan I-genT menyatakan hasrat dimana beberapa perkara dalam konteks Memperketatkan Kawalan Garis Panduan:
1. MEWAJIBKAN ARTIS-ARTIS YANG MEMBUAT PERSEMBAHAN ADALAH LELAKI SAHAJA DAN SELEBRITI YANG MENJAGA BOOTH MENUTUP AURAT SEPENUHNYA DENGAN SOPAN.
2. KONSERT DAN “PLAYLIST” LAGU YANG DIMAINKAN HARUSLAH SOPAN
3. KEDUDUKAN PENYUSUNAN PENONTON MESTILAH DIASINGKAN LELAKI DAN WANITA.
Respond YB amat positif dan cukup tenang
“Kita ejas doh biar penganjur ikut apa yang kita nak”
Alhamdulillah, cadangan yang diutarakan disambut baik.
Kami berharap pertemuan kali ini menjadi peringatan kepada pihak yang ingin menganjurkan karnival hiburan dan kami tidak akan sesekali mengalu-alukan sebarang program melalaikan anak muda terutamanya di Negeri Darul Iman Ini!
Attif Hannan
