Semangat Setia Kawan

Semangat Setia Kawan

PAS hari ini sekali lagi membuktikan mereka kawan yang setia dalam Perikatan Nasional.

Memuktamadkan keputusan yang membelenggu tugasan sehari dua ini apabila umno mengenakan syarat-syarat yang sukar ditunaikan seperti mensyaratkan PAS mesti keluar dari Perikatan Nasional.

PAS perlu memutuskan hubungan dengan PPBM dan semua itu perlu dizahirkan secara terang-terangan.

Satu sudut Umno cuba memberi tekanan kepada PAS, mereka juga cuba meletakan PAS serba salah dan andai PAS tidak menurutinya mereka akan menjadikan senjata memburukan PAS tolak perpaduan dan kerjasama.

Dengan penuh keberanian PAS membuat keputusan untuk kekal bersama Perikatan Nasional.

PAS juga mengekalkan keputusan awal mereka tidak akan membubarkan DUN negeri-negeri yang PAS mengetuai kerajaan negeri itu.

Walaupun tidak dinyatakan status hubungan kerjasama dengan Umno, ianya memahamkan kita bahawa PN akan menghadapi PRU15 menentang BN dan PH.

Dengan keputusan ini, membolehkan semua gerakerja PRU dapat diberi penumpuan seterusnya iaitu pembahagian kerusi di kalangan PN dan memberi fokus senarai nama calon Parlimen untuk dimuktamadkan

Maka teka teki MN dan PN sangat jelas dibuat oleh PAS, penuh hemah dan berprinsip serta setia kawan yang untuh bersama Perikatan Nasional.

Sehari sebelum itu PAS mengarahkan petugas PRU mereka berhemah dalam kerja kempen kali ini.

Ayuh semua petugas Perikatan Nasional, sedikit kekusutan sudah dirungkai, tinggal lagi melangkah ke medan PRU15 dengan mematuhi semua arahan parti dan memastikan kemenangan calon-calon Perikan Nasional.

Menang demi kelangsungkan menguasai Putrajaya sejurus PRU15 diumumkan.

Pilihanraya