UMNO Kata Bukan PAS Baiki Stadium, Tapi Sek Dia

UMNO Kata Bukan PAS Baiki Stadium, Tapi Sek Dia

Ada yang minta saya komen berkaitan isu ni.

Baik, pertama sekali saya baru sudah tengok video daripada BN Commang Spanar tu, tapi tak boleh komen situ pasal dia off komen.

Ringkas cerita,

2008 – Stadium siap dibina.

2009 – Bumbung bernilai ratus juta runtuh.

2013 – Runtuh sekali lagi.

2014 – Sek dia lulus RM100 juta untuk baiki dan bina bumbung baru.

2015 – Boleh guna tapi takde bumbung.

2016 – Ada struktur rosak semula, tapi tak teruk sangat, baiki dan boleh guna.

2017 – Sebab hujan lebat, rosak teruk, takleh guna.

2018 – Tak baiki, takleh guna lagi, TFC tukar stadium

2019 – Baiki, MFL bagi geran rumput sahaja, tapi renovasi bahagian lain termasuk trek (dalam gambar), bilik-bilik vip, persalinan, pemain, lif, lampu limpah, tandas, dan lain-lain pakai duit kerajaan negeri, tak sampai ratus juta.

2020 – Siap dan boleh guna.

2021 – Boleh guna

2022 – Boleh guna, diiktiraf sebagai antara stadium terbaik

2022 – Bakal digunakan untuk kejohanan antarabangsa katanya.

Jadi kerajaan sekarang baiki sekali je, kos tak sampai ratus juta, boleh guna bertahun-tahun.

Yang dulu kononnya baiki sampai RM100 juta tu baiki apa?

RM100 juta tu boleh buat stadium mini.

Guna sekejap rosak, RM100 juta lulus yang sampai ke kontraktor RM100 saja ke?

Jawab sendiri.

Sekian.

Razak Bidin,

Cyberjaya.

Kemajuan