Terlihat berita astroawani tadi, dua orang anak muda Kelantan ditemubual, dan mereka mahu lakukan perubahan di Kelantan dengan mencontohi rakyat Terengganu.
Kata mereka, setiap penggal rakyat Terengganu tukar kerajaan.
Maka, Kelantan pun kena buat perubahan juga, barulah kemajuan akan dicapai.
Dik, ada beberapa perkara abe mung nak oyak ning.
Dia gini dik.
Pertama sekali, PRU15 di Kelantan nie nak pilih Ahli Parlimen je.
Dia tak akan boleh tukar kerajaan negeri kerana tak ada pilihanraya untuk DUN.
Nie adik kena jelas dulu deh.
Kedua, rakyat Terengganu tak tukar setiap penggal kerajaan.
Terbaru nie 3 penggal BN perintah, baru tukar kepada PAS.
Ketiga, ketahuilah bahawa rakyat Terengganu sangat menyesal bagi Terengganu kepada BN. Kenapa?
Kerana;
RM 300 juta dibazirkan begitu sahaja untuk Taman Ilmu Tembila yang menjadi Istana Hantu.
RM 292 juta dibazirkan untuk stadium runtuh dizaman BN.
RM 143 juta dilaburkan untuk Bandar Baru Kijal, ada ratusan premis hanya dua disewa.
RM 118 juta dibazirkan untuk projek bebas cukai Tasik Kenyir.
RM90 juta dibazirkan untuk Paya Bunga Hotel yang terbengkalai.
RM 27 juta dibazirkan untuk Strawberry Park dijadikan villa hantu.
RM 27 juta dibazirkan untuk Taman Rimbunan Kasih.
Ini baru beberapa projek sakit yang ditinggalkan BN akibat tukar kerajaan PAS kepada BN tahun 2004.
Kita tak list lagi bermacan hutang yang ditanggung serta guna duit negeri untuk buat kerja persekutuan.
Pastinya rakyat Kelantan tak mahu gadai negeri dengan topeng “perubahan” yang bermukakan pembaziran dan pendurjanaan duit rakyat sebegini.
Kini, Kerajaan Terengganu terpaksa berhempas pulas untuk membaikpulih dan membaiki tinggalan BN.
Alhamdulillah, ada yang dapat dibaiki dan digunakan. Namun ada juga yang sudah busuk hingga ke kaki. Kena biar busuk atau kerat.
Kalau rakyat Kelantan nak tengok ratusan juta dibazirkan, sila try BN. Track record di Terengganu sudah ada.
Kalau tak percaya, saya boleh tolong jadi tourist guide, bawa melancong ke semua projek-projek gajah sakit dan mampus di Terengganu.
Eh, nak try tukar sepenggal. Tak padey cekok dik.
Ahmad Fahmi Mokhtar.