Nak yang muda dan bertenaga untuk bekerja.
Nak yang berintegriti untuk mengurus tadbir Malaysia.
Nak yang ada idea-idea baru dan berkesan untuk merubah kesusahan kehidupan rakyat semasa.
Kesengsaraan ekonomi dengan kos sara hidup yang tinggi, kadar pengangguran yang meningkat, dan taraf gaji yang tidak setimpal, mewujudkan kecenderungan pengundi kepada calon yang menawarkan solusi komprehensif dan efektif untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin di masa hadapan.
Justeru, pertama kalinya PAS bakal menampilkan calon anak muda 20-an yang berkelayakan dan berkaliber serta sedia berkhidmat dalam memenuhi aspirasi rakyat merentas agama, bangsa, dan budaya.
Seorang anak muda yang begitu dikenali masyarakat setempat kerana keaktifannya dalam aktiviti kemasyarakatan dan kuat bekerja.
Seorang anak muda yang begitu disenangi ramai kerana kemesraan dan santun kata yang ditonjolkan.
Seorang anak muda yang begitu bernas mengeluarkan hujah dalam menoktahkan masalah-masalah semasa.
Seorang anak muda yang sudah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dan penggubalan dasar polisi negara.
Seorang anak muda, yang tidak hanya mempunyai pengalaman bergiat dalam Negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Seorang anak muda, yang sudah terlatih kepimpinannya melalui jawatan utama di kampus dalam memimpin mahasiswa, sehinggalah ke pejabat Menteri Malaysia dengan menjunjung nilai integriti dalam setiap gerak kerjanya.
Tetapi awas! Anak muda ini ibarat singa apabila hak-hak masyarakat diusik sesuka hatinya.
Penglibatannya menegur kerajaan dan pihak berkuasa sebelum ini menjustifikasikan keberanian dan kesungguhan beliau dalam membela nasib masyarakat setempat dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.
Sehingga kini, beliau lantang bersuara, menegur para pimpinan Malaysia yang korup dan terlibat dengan salah laku integriti sepanjang mentadbir Malaysia.
Anak muda 20-an ini yang juga merupakan seorang hafiz al-Quran 30 Juzuk, antara pilihan terbaik dan BEST yang bakal PAS tampilkan dalam PRU-15 kali ini.
Nantikan siapakah gerangannya dalam pengumuman pada malam ini!
PN BEST!
Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil