Orang Baik Dan Kuat Bekerjapun Dianiaya Oleh Presiden UMNO

Orang Baik Dan Kuat Bekerjapun Dianiaya Oleh Presiden UMNO

Orang baik dan kuat bekerja seperti Dato’ Sri Adham Baba dan Khairy Jamaluddin pun dianiaya oleh Presiden UMNO DS Zahid Hamidi.

Sekalipun PAS menentang UMNO dalam PRU15 (kerana Zahid Hamidi yang tak boleh dipercayai ini), saya tidak akan menafikan ramai rakan-rakan kami dari UMNO adalah turut sama mahu lihat orang melayu, umat Islam bersatu, dan mereka bekerja bersungguh-sungguh dan ikhlas demi rakyat.

Orang seperti ini akan jadikan politik tanahair lebih matang dan sejahtera.

Tapi orang yang macam ini Zahid Hamidi tak mahu.

Yang nak jadi calon kena sokong Zahid Hamidi jadi Perdana Menteri.

Tak boleh bayangkan kalau Zahid Hamidi jadi perdana menteri.

Pegawai kerajaan yang tak sokong dia nampaknya akan dianiaya.

Peguam Negara, para Hakim nampak gayanya kena ikut telunjuk dia.

Belum jadi pun dah terang dan jelas kepimpinan ala kuku besi.

Ahmad Amzad Hashim

Pilihanraya