Semalam saya juga tidak terlupa untuk pergi ke Kuala Terengganu dan makan malam dengan penduduk tempatan.
Saya juga tidak terlepas ceramah mengenai calon Datuk Haji Amzad Haji Hashim.
Datuk Haji Amzad Haji Hashim pernah menjadi orang besar di MSET iaitu di sebuah syarikat perkapalan di Terengganu.
Beliau juga antara pelajar terbaik di Sekolah Sultan Mahmud, sekolah berasrama penuh yang terkenal di Terengganu.
Pendebat yang hebat pernah mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia pada zaman remajanya.
Seorang profesional yang berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada majikannya.
Apabila menyertai PAS pada tahun 2013, beliau terus menyumbang kepakaran beliau dalam mendepani isu-isu semasa.
Antaranya tuntutan Royalti Terengganu, menubuhkan kumpulan profesional yang menyokong PAS.
Setelah beliau diberikan kepercayaan menjadi calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu, beliau tidak pernah menghampakan PAS.
Dan PAS terus memberikan kepercayaan terhadap beliau dengan menamakan beliau sebagai wakil PAS dan pernah menjadi Timbalan Menteri sebanyak dua kali setelah kerajaan bertukar.
Beliau tidak mengecewakan harapan parti dan rakyat.
Beliau menjadi salah seorang Ahli Parlimen yang aktif dengan sentiasa memaklumkan aktivitinya kepada rakyat di media sosial.
InsyaAllah kita perlukan Datuk Haji Amzad sebagai wakil kita di Kuala Terengganu.
Jadi Undilah calon P036 Kuala Terengganu, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, calon Perikatan Nasional demi masa depan negara yang PRIHATIN, BERSIH dan STABIL.
Dr. Dominic Lau Hoe Chai
