Bagusnya kerajaan PAS Terengganu.
Sudahlah dihapuskan cukai pintu, disediakan pula i-Rahman sebagai kemudahan pembiayaan perumahan tanpa riba.
Warga emas pula diberi pencen.
Ibu tunggal, OKU dapat pula i-Bantuan.
Perkhidmatan wad kelas 3 diberikan percuma.
Kebajikan untuk rakyat dibuktikan menjadi agenda utama.
Tak kira parti, layanan adil untuk semua.
Bagi yang berhak dan memerlukannya.
Bagusnya kerajaan PAS Terengganu.
Bantuan untuk mendapatkan lesen motosikal diberikan kepada anak-anak muda.
Sampai tahap itu, pemimpin kita mengambil cakna.
Bila nak berkahwin, kerajaan negeri fikir keperluan rakyat lalu dianjur Kahwin Perdana.
Adik abang nak masuk serta, boleh saja asal kahwin pertama.
Hok ada bini doh, jangan menggatal nak tambah kuota.
Nanti terbang periuk belanga tak pasal-pasal.
Kad Sejahtera RM500 setahun pula dapat meringankan lagi beban kos sara hidup sedia ada.
Ada orang kata kecil tetapi tak pernah dibuat kerajaan sebelumnya.
Kecil di mata orang, tetapi besar di mata yang kurang berada.
Itu baru langkah mula untuk penggal pertama.
Tentu ada penambahbaikan apabila semuanya semakin sempurna.
Tengoklah apa PAS mampu buat jika diberi peluang memerintah negara.
Jom hantar wakil kita calon-calon Parlimen, biar ngam molek negeri Terengganu dengan Putrajaya.
Bagusnya kerajaan PAS Terengganu dalam bab rasuah.
Rekod masih kosong walaupun ada suara fitnah dan persepsi murah.
Tak perlu slogan retorik Bersih, Cekap dan Amanah.
Tapi kerana ada sifat takutkan ancaman dari Allah.
Harta negeri dijaga dengan amanah.
Persen-persen tak main maka projek-projek berjalan dengan mudah dan berhemah.
Rakyat makin murah rezeki bertambah berkat dari Allah.
Bagusnya PAS Terengganu apabila dapat memerintah negeri.
Tanah yang pernah dirampas haknya telah berjaya digantikan kembali.
Tanah-tanah RTB dibuka di setiap daerah dalam negeri.
Geran dapat mudah-mudah setelah segala syarat dan kelayakan dipenuhi.
Zaman BN, janji nak beri tanah kepada rakyat dinyanyikan setiap 5 tahun sekali.
Tanah dijadikan syarat bertukar dengan undi.
Lepas menang tak nampak tanah, hilang sekali dengan YB.
Jauh benar baik PAS bila diberi kuasa.
Tetapi sifat manusia sentiasa tak berpuas hati sejak zaman dahulukala.
Zaman BN projek sakit sampai bernanah.
Kata orang Tranung, “Koho Lok Koho Punoh”.
Mujur PAS ambil alih, baiki sana-sana, baru boleh guna jadi molek dan berfaedah.
GLC hok rugi sokmo, mari lebai, molek-molek boleh untung slow-slow tambah khazanah.
PAS tak pernah sempurna.
Tidak juga serba lengkap.
Begitu juga BN yang banyak buruk lagi banyak cacat.
Islam ajar antara dua, wajib pilih hok mana satu yang kurang mudarat.
Baru cerdik berakal, minda kelas pertama, pengundi Terengganu yang semakin hebat.