Mat Said Tak Layak Jadi Pemimpin

Mat Said Tak Layak Jadi Pemimpin

Sidang media Mat Said semalam menyerlahkan dirinya tidak layak menjadi pemimpin.

Apatah lagi menjadi Ahli Parlimen yang tugasnya lebih berat berbanding Ahli Dewan Undangan Negeri.

Perkara asas mengenai bajet pun dia tak tahu, peruntukan diluluskan dalam bajet, dia kata tak lulus, padahal ada video peruntukan itu diluluskan sebulat suara.

Jelas, dia tidak ada kompetensi, semasa berbahas di sidang DUN pun, dia banyak melontarkan persepsi, bukan berbincang untuk membangunkan negeri.

Semasa menjadi MB pun, banyak pembaziran dibuat, berbilion duit rakyat rugi, sebagai contoh projek Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir.

Projek ini separuh masak, tidak diperhalusi dengan baik.

Buktinya MB selepas itu DS Razif menghentikan projek ini kerana tidak sesuai.

Dan buat projek di Pulau Poh.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, yang juga bekas ahli BN, Dato’ Rosol Wahid ketika masih ahli BN telah memberikan banyak fakta kenapa projek itu tidak patut diteruskan.

Namun Mat Said berdegil, buat juga, hasilnya berbilion duit rakyat hilang begitu saja.

Wahai rakyat Kemaman, nilailah sendiri.

Satu lagi, fikirlah, jika dia bagus semasa menjadi MB, kenapa MB Terengganu kerap bertukar di zaman BN, kenapa Mat Said tak kekal jadi MB, sebaliknya ditukar kepada Razif.

Gelombang anak muda juga menolak Mat said.

Fikir-fikirkanlah.

Razak Bidin,

Pilihanraya