Saya mengambil maklum berhubung video fitnah yang secara jelas mengaitkan saya dengan Perdana Menteri ke-10.
Video berkenaan menggunakan gambar saya sebagai latar belakang telah mengaitkan Perdana Menteri ke-10 dengan Israel dan dikesan tular sejak 27 November lalu.
Kesan penyebaran video dengan suara latar seorang wanita itu membuatkan ada yang mempercayainya walaupun jelas ia bukanlah kenyataan atau suara milik saya.
Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan dalam video berkenaan.
Saya juga memohon semua pihak supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum mudah mempercayai apa-apa berita atau maklumat.
YB USTAZ HASSAN SAAD
Ahli Parlimen Baling.