Pilihan Raya Padang Serai dan Tioman pada kali ini boleh dijadikan kajian kes pertama penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Harapan National (HANAT).
Pada PRU 14, PH telah memenangi Parlimen Padang Besar dengan majoriti 8,813 undi. Manakala BN menang di DUN Tioman dengan majoriti 1280 undi.
Pastinya HANAT akan cuba mempertahankan dua kerusi ‘maruah’ mereka ini dari terus dirampas oleh PN.
Oleh kerana itu, pelbagai isu dan tuduhan tak tahu dimana sumber dimainkan. Kelakar apabila baca berita PDRM siasat TGHH tuduh Anwar ejen Israel.
Penyokong HANAT pun terkejut, tercirit birit mereka cari. Mana video dan tulisan TGHH kata Anwar Ejen Israel.
Ada yang kata, sumbernya hanyalah dari satu video mak cik yang tidak diketahui siapa, dia kata Ahli Parlimen Baling kata dia jumpa TGHH dan TGHH kata.
Orang ketiga yang kata, tapi TGHH yang dijadikan sasaran. Ini sama sahaja dengan teknik Lipakan Rafizi.
Kata PAS ambil duit 1MDB, alih-alih yang keluar nama bekas pimpinan PAS yang pernah dipecat dari jawatan penting.Asal boleh dibuat kaitan.
Namun, kemudian PDRM mengubah sasaran siasatan kepada Ahli Parlimen Baling. Tak apa, kita serahkan kepada pihak PDRM untuk lakukan siasatan.
Manakala, Perikatan Nasional pula perlu terus menggempur dua kubu BN dan PH ini. Satu soalan besar akan terjawab dari dua pilihanraya ini.
Mampukah gabungan HANAT mempertahankan kerusi mereka dari dirampas PN?
Apabila terbentuknya HANAT, maka sebahagian orang PH dan BN mendabik dada seolah mereka tidak terkalahkan lagi nanti.
Ini kerana pembentukkan pakatan HANAT akan menarik sokongan Melayu kepada PH dan sokongan non-Melayu kepada BN.
Benarkah orang Melayu terus kekal bersama BN dan akan rela beri undi pada PH? Begitu juga sebaliknya.
Jadi agak menarik untuk kita ikuti secara rapat dua pilihanraya ini. Ini mungkin juga menjadi gambaran awal kepada PRU16.
Agak kental bagi PN sebenarnya. Namun tiada yang mustahil, Perikatan Nasional perlu menggempur dan merampas dua kerusi HANAT ini.
Misi Tawan Padang Serai dan Tioman.
Ahmad Fahmi Mokhtar.