Nga Kor Ming dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Sebab tu sekarang ada propaganda lagi sekali mengenai janji DAP bahawa tanah hak milik akan ditukar milik kekal ataupun 999-TAHUN yang dibuat tahun 2018. (1)
Sebenarnya kan, fokus tu terlalu kepada 999-tahun.
Katakan sahaja ia adalah pegangan bebas dan anda menghapuskan prasangka itu.
Leasehold (hak milik sementara) 999 tahun ni sebenarnya mekanisme kerajaan British nak berikan hakmilik pengunaan tanah kepada syarikat mereka sendiri tanpa perlu membayar premium tanah mahal-mahal.
Dari segi penguatkuasaan terhadap freehold ataupun leasehold land di Semenanjung, kalau kerajaan negeri tak benarkan kamu buat pembangunan, tak benarkan ia diguna sebagai tanah pertanian, kamu tak boleh buat juga walaupun kamu memiliki tanah tu.
Sebab kenapa ianya jadi 60-tahun hingga 99-tahun hakmilik sementara masa kanun tanah negara digubal ialah kerana kerajaan Malaysia nak satu mekanisme yang boleh menjanakan revenue.
Leasehold ni problematic sikit sebenarnya.
Misalnya kamu ada tanah hakmilik sementara tapi dibenarkan bina rumah di atas.
Dari segi perundangan, rumah tu milik kamu, tapi tanah tu milik kerajaan.
Jadi, adakah ianya wajib untuk kerajaan memberikan pemilik rumah hak untuk memperbaharui tempoh pajakan?
Kalau kerajaan tak nak bagi hak tu, adakah ia satu kesalahan human rights terhadap pemilik rumah tu?
Kenapa kerajaan bagi kamu tinggal berpuluh tahun atas tanah tu tapi lepas tu tak nak benarkan kamu hak memperbaharui tempoh hakmilik?
Penduduk rumah setinggan pun kadangkala kerajaan boleh jaga, kenapa pemilik rumah di atas tanah hak milik sementara tak boleh jaga?
Sekiranya kamu kata kerajaan perlu mengiktiraf adanya hak bagi pemilik rumah, adakah hak tu boleh transfer kepada pemilik baru sekiranya rumah tu dijual?
Dah lah persetujuan kerajaan diperlukan untuk menjual rumah tu, jadi adakah ia bermaksud kerajaan juga mengiktiraf hak tu kepada pemilik baru?
Ataupun kamu kata pemilik rumah tiada hak sebegitu sepertimana yang ramai orang fikirkan.
Ia akan menyebabkan banyak rumah terbiar apabila keluarga semua melihat rumah tu sebagai liabiliti dan bukannya aset.
Dan sekiranya ada banyak rumah di sesuatu kawasan yang sudah usang dan tak dijaga, masyarakat setempat ada pula masalah lain seperti penagih dadah, penjenayah dan sebagainya.
“Seriously, the matter has been decided in court before that if you have evidence that the land was freehold before, the government must give you that freehold title.” (2)
Secara serius, perkara itu telah diputuskan di mahkamah sebelum ini bahawa jika anda mempunyai bukti bahawa tanah itu adalah pegangan bebas sebelum ini, kerajaan mesti memberi anda hak milik bebas itu.
“And given that the court can already tell the government to do something of that sort, it means also the government has the power to do it (to give you a freehold title if they deem it fit to do so)“.
Dan memandangkan mahkamah sudah boleh memberitahu kerajaan untuk melakukan sesuatu seperti itu, ini bermakna kerajaan juga mempunyai kuasa untuk melakukannya (untuk memberi anda hak milik pegangan bebas jika mereka rasa sesuai untuk berbuat demikian)
Kalau kerajaan nak tukarkan hakmilik sementara kamu tu kepada hakmilik kekal dengan bayaran RM1, 000 ataupun RM100,000 pun boleh dibuat.
Peraturan adalah buatan manusia.
Yang bising pasal tempoh pajak milik tu bukannya salah, tapi fokus argument itu salah.
Kalau kamu tak nak kerajaan bagi hak ini, cara yang paling selamat untuk memastikanya ialah untuk mengundi PN sepenuhnya.
Orang Melayu semua tak sepakat, nak bising pasal isu perundangan macam ni buat apa?
Ini kan sistem demokrasi kita?
Ahli politik semua bertanding PRU dan buat pelbagai janji kan?
Siapa yang dapat masuk kerajaan, dia nak tunaikan janji tu, itulah sebab kita adakan pilihanraya kan?
Yang tak tunaikan janji, kita tak undi lagi, tapi kalau mereka masuk kerajaan juga melalui pintu depan, tepi, belakang, itu sistem demokrasi kita juga kan?
Mak Khuin Weng – マク
1. “Kami mahu hak milik tanah kekal atau 999 tahun!” Nga, Pengerusi DAP Perak – https://ttkm.com.my/…/kami-mahu-hak-milik-tanah…/amp/
2. From Leasehold to Freehold (Kepong) – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=591213812574779&id=100050584955297&mibextid=Nif5oz