Keputusan PRU Parlimen Padang Serai malam ini menzahirkan pendirian tegas rakyat yang menolak Kerajaan PH-BN.
PH kalah tersungkur rebah di kubu kuat sendiri dengan majoriti 16,260 undi.
Adapun BN-UMNO juga hampir tumbang di kubu mereka, DUN Tioman iaitu sekadar menang tipis dengan majoriti 573 undi.
Kadar % keluar mengundi yang rendah kebiasaannya memang menguntungkan BN-UMNO sepertimana dalam trend PRN Melaka dan Johor.
Kerajaan PH jikalau masih terus mahu berlagak dan bertindak seperti Pembangkang maka, bersiap sedialah untuk menerima hukuman daripada rakyat.
Sesungguhnya masalah kehidupan rakyat yang sedang sengsara ini tidak dapat diselesaikan pun dengan wayang berita PM pakai capal, PM tidak mahu kereta Merc, Jemaah Menteri tidak bertali leher dan kementerian bertukar nama baru.
Rakyat mahukan penyelesaian masalah bukannya mahu menonton cerekarama gelagat PM dan Menterinya sibuk bergayut telefon ketika sidang media siaran langsung.
Inilah masalahnya apabila kita ada Kerajaan yang tidak reti mentadbir, mereka asyik sibuk memburu pembangkang, menyiasat pemimpin pembangkang dan sekaligus mahu menyekat kebebasan bersuara rakyat di Tik Tok.
