Kampung Budaya Terengganu Terima Anugerah Best Cultural Tourism Program

Kampung Budaya Terengganu Terima Anugerah Best Cultural Tourism Program

Kampung Budaya Terengganu (KBT) terus mendapat pengiktirafan di dalam industri pelancongan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penerima anugerah Best Cultural Tourism Program oleh Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel Magazine.

Anugerah tersebut telah disampaikan di majlis gilang gemilang Malaysia Tourism Industry Award di Royale Chulan Kuala Lumpur pada 16 Disember 2022.

Anugerah ini merupakan anugerah kedua yang diterima oleh Kampung Budaya Terengganu pada dalam masa tiga (3) bulan selepas menerima anugerah Gold Award New Cultural Attraction sempena Majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia di Sarawak pada 22 Oktober 2022.

Turut menerima anugerah adalah Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (Best Edu Tourism Program), Primula Beach Hotel (Best 4 Star Eco Green Beach Front Hotel) dan Summer Bay Lang Tengah Island Resort (Best Activity Island Resort).

Sebanyak 60 anugerah telah disampaikan kepada individu, agensi kerajaan dan penggiat industri pelancongan dan perhotelan di majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Pengerusi Tourism Malaysia malam tadi.

Let’s visit beautiful Terengganu, stay safe.

Pelancongan Terengganu