Jagalah Hati UMNO Dan DAP

Jagalah Hati UMNO Dan DAP

Mungkin ada yang belum dapat terima hakikat.

DAP telah memerintah negara setelah UMNO mereka berpakat.

Justeru, jangan tersasul memberi pendapat.

Jangan geger menunjuk hebat.

Jangan gedebe di depan keparat.

Hati DAP perlu dijaga.

UMNO Zahid perlu dihormat.

Hati Melayu biar merempat.

Sedarlah wahai bangsa Jawi.

DAP sudah berkuasa sekarang.

Mengulangi ngeri pemerintahan 22 bulan.

Jadi biarkan mereka melakukan sesuka hati.

Kalau ada saki-baki abu mayat Chin Peng, biarkan mereka kutip dan bawa pulang.

Taburkan di setiap belantara dan gunung-ganang.

Tempat mereka pernah bersembunyi dan bersarang.

Kalau mereka mahu abadikan nama tokoh mereka, banyak lagi jalan dan lebuhraya untuk dinamakan.

Jalan Chen Man Hin sudah diwartakan.

Rezabkan juga untuk Lim Kit Siang dan Nga Kok Ming.

Apa salahnya ubah saja nama Jalan Petaling.

Beri saja nama Hai San.

Jalan Perak namakan Ghee Hin.

Jagalah hati mereka yang berkuasa.

Mengapa dipamerkan kehebatan sejarah Islam.

Baik melalui kostum ataupun replika senjata.

Apalagi kalau nak berarak di sekeliling desa.

Menghayati semangat jihad agar tak luntur ditelan masa.

Jagalah hati mereka yang berkuasa.

Jangan diperbodohkan pihak berkuasa.

Dan jangan jadi bodoh menteri agama.

Habis diarah siasat dan ambil tindakan serta-merta.

Apa nak ditakutkan dengan DAP.

Bukankah UMNO Zahid Hamidi sudah menjinakkannya.

Mat Hassan, si kerbau bendang sudah leweh tanduk runcingnya.

Masing-masing sudah semakin kemas duduknya.

Terpaku terpukau semua akar umbinya.

Kalah besar pilihanraya.

Komprominya DAP, beri ruang penyagak penyamun memimpin negara.

Cair prinsip demi kuasa.

Sedarlah. Pemimpin kita berpecah-belah.

Bangsa menjadi tak tentu arah.

Parti besar dan yang kecil-kecil bersepah-sepah.

DAP makin kuat makin bersatu.

Disepakati pula Anwar, Zahid dan Mat Sabu.

Makin galaklah mereka berpetualang.

Di tanah warisan nenek moyangku.

Umpama diracun rumpun Melayu.

Bayang DiAir

Kolumnis