Tahniah Atas Impian Tatakelola Yang Baik

Tahniah Atas Impian Tatakelola Yang Baik

Dia kata “Ustaz Hadiiii pakai serban pakai jubah” fitnah dia nak berpakat dengan Zahid. Sekarang memang betul-betul berpakat.

Dia kata harga minyak tak dapat turun sebab dia belum jadi PM. hari ini sudah 6 bulan jadi PMX, harga minyak tak turun-turun.

Dia kata tak akan buat lantikan politik, hari ni kerajaan pimpinan dia melantik gerombolan orang politik mengetuai GLC dan badan berkanun.

Dia kata nak amalkan tatakelola yang baik, tapi dia duk batalkan projek orang tanpa berbincang, tanpa melihat pembentangan projek, tanpa membaca hasil kajian dan perancangan sebenar projek.

Dia kata tak mahu amalkan budaya umum projek atau peruntukan ke setiap negeri yang dia lawat, tapi dia umum peruntukan berbilion kepada negeri yang di lawat sempena rumah terbuka madani.

Dia kata apa pun, dia janji apa pun… hari ini dia bulldoze langgar semua. Jadi, kalau dia kata berjaya tarik pelaburan dan tingkat hasil negara, anda masih mahu perchaya? Jangan terikut dengan puak impress yang tak tahwan…

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis