Kestabilan tidak akan wujud selagi KELOMPOK INDUK, iaitu Muafakat Politik Melayu, Islam, Bumiputera dan orang asal tidak menjadi TERAS DAN TUNJANG kepada politik dan kepimpinan negara.
Apa lagi bila negara cuba diheret ke arah fahaman sosialis, liberalis dan pluralis (SLP) yang ternyata songsang DARI FAHAMAN KELOMPOK TERAS, dan bercanggah dengan pegangan Islam.
Insya Allah ummah akan kembali bersatu.
Kita sedar Muafakat yang terbina 2019, dan melakar kejayaan besar sepanjang 2019-2022 telah menyebabkan golongan sosialis liberalis pluralis (SLP) mengubah strategi mereka.
Mereka tampil lebih licik dan halus mainannya.
Lebih mengelirukan. Senjatanya lebih tajam
Mereka berikhtiar menumbangkan satu kayu dulu, kemudian kayulah yang akan digunakan (sebagai hulu) untuk menumbangkan kayu-kayu yang lain.
KINI kayu itu (UMNO/BN) telah mereka tumbangkan, tercabut daripada tampuk memimpin bertukar menjadi hanya penumpang, pelengkap dan pengikut yang telah dikembirikan.
Kini mereka akan gunakan UMNO-BN, yang sebelumnya PENYATU BANGSA, kini bertukar menjadi pemecah yang ghairah menyerang sesama SEBANGSA.
BN tidak lagi padu. UMNO pula sudah jadi minoriti baru, umpama murid yang tersipu-sipu depan cikgu.
Bertukar dari sepucuk senapang, kini hanya sebagai satu peluru..
Berjaya lah GRAND DESIGN mereka (golongan SLP) buat masa ini…
Strategis mereka boleh senyum bersama “remote control” masing-masing.
NAMUN INSYA ALLAH MESKIPUN PARTI dan SESETENGAH PEMIMPIN MUNGKIN TERPISAH, NAMUN AHLI DAN RAKYAT AKAN KEMBALI BERTAUT DAN BERSATU DENGAN LEBIH UTUH LAGI, dan insya Allah kelompok teras akan kembali menguasai dan memimpin politik negara.
Syukur Alhamdulillah buat masa ini pemuafakatan semakin padu, persefahaman makin terjalin, dan rakyat semakin faham..
Tali Allah menjadi pengikat.
Kita tidak akan bercerai berai, kerana kita tahu kita akan menjadi lemah dan hilang semangat, jika BERPECAH sedemikian.
BERSATU lah kita menolak SLP dan ejen ejennya…
Bersiap siaga kita dalam satu saf dan PERIKATAN yang tersusun lagi kukuh.. INSYAALLAH
Tan Sri Annuar Musa