Pentadbiran tiga penggal DAP cukup untuk membuat rakyat Pulau Pinang menilai dan memilih.
Siri-siri pembohongan yang dibuat sejak 2008 telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada mereka.
Pembohongan berkenaan projek terowong dasar laut.
Sudah lebih 10 tahun dari tarikh projek bernilai RM6.3 bilion ini diumumkan.
Bayangkan projek yang telah ditandatangani sejak 2013 ini masih belum dimulakan sama sekali.
Ketika ditanya oleh ADUN Penaga dalam sidang DUN Pulau Pinang Mei lalu, jawapan yang dikemukakan Kerajaan Negeri adalah amat menghampakan.
Pembohongan janji mansuh Tol Sungai Nyior.
Janji ini ditabur Lim Guan Eng pada PRU-12 (2008).
Katanya, DAP akan menghapuskan Tol Sungai Nyior apabila diberi kuasa memerintah Negeri Pulau Pinang.
Kini setelah hampir 15 tahun diberi kuasa, janji tersebut masih belum ditunaikan dengan alasan bahawa mereka tiada kuasa mutlak.
Adakah DAP tidak teliti dahulu sebelum membuat janji manifesto?
Pembohongan dalam pelaksanaan projek tambak laut.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan.
Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa pemaju perlu mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan nelayan terlebih dahulu.
Namun hakikatnya, sehingga kini nelayan tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan projek tersebut walaupun diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-10 (PMX) untuk dikecilkan kepada 1 pulau.
https://www.facebook.com/paspusat/videos/23964788493112058/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v
Benarlah kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, “DAP adalah pakar putar belit dan propaganda serta tidak teragak-agak untuk mengulangi sesuatu yang tidak benar untuk mengelirukan rakyat.”
PERIKATAN NASIONAL yakin rakyat Pulau Pinang bijak untuk membuat penilaian.
Sesungguhnya penganut Islam tidak boleh menyokong pembohong, bahkan bukan-Islam yang bermaruah juga sama-sama tidak boleh menyokong pembohong.
Mari sempena PRN ini kita bawa perubahan di Pulau Pinang. Kita tukar kepada kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.
USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang