PAS Tidak Asing Lagi Di Negeri Sembilan

PAS Tidak Asing Lagi Di Negeri Sembilan

Baru-baru ini ceramah gelombang kebangkitan rakyat dengan kehadiran lebih 10 ribu orang.

Ramai yang terkejut, jarang-jarang berlaku program pembangkang semeriah itu di Negeri Sembilan.

Konvoi ARC Negeri Sembilan dengan kehadiran 2 kali ganda daripada sasaran.

Walaupun PAS tidak pernah menang sejak bertanding tahun 1959 kecuali 1 kerusi Dun pada PRU-12, PAS semakin diterima di Negeri Sembilan.

Kalau dibandingkan data PRU-14 dan PRU-15 berlaku lonjakan undi yang tinggi kepada PAS.

Daripada 3 kawasan parlimen yang PAS bertanding, undi keseluruhan yang diperoleh PAS telah meningkat 3 kali ganda.

Seremban:

PRU15- 33,075

PRU14 – 11,506

Port Dickson:

PRU15 – 18,235

PRU14 – 6,594

Tampin :

PRU15 – 14,962

PRU14 – 4,598

Kejayaan ini tidak datang hanya dengan kempen-kempen pilihan raya sahaja.

Ini hasil pengorbanan dan kerja keras berterusan seluruh ahli dan pimpinan PAS Negeri Sembilan sekian tahun.

Program ziarah, kebajikan, sumbangan dan bantuan sentiasa berterusan walaupun tanpa peruntukan wakil rakyat.

Ramai juga ahli UMNO akar umbi yang kecewa dengan kepimpinan tertinggi UMNO, mula merisik untuk masuk PAS.

Tahun lepas, mantan Ketua Pemuda UMNO Seremban letak jawatan dan sertai PAS. Menyerahkan bersama 50 permohonan ahli UMNO yang lain.

Tahun ini, mantan Exco Pemuda UMNO daripada Labu isytihar masuk PAS.

Cawangan PAS makin bertambah.

3000 ahli baru PAS dalam masa 2 bulan.

Makin ramai juga ibu bapa yang hantar anak mereka ke PASTI.

Sungguh, kerja kuat PAS Negeri Sembilan terus menampakkan hasil dan mencetuskan gelombang hijau di sana.

Dengan gelombang dan sokongan yang semakin bertambah kepada PAS dan PN, tidak mustahil Nismilan kito ubah PRN kali ini.

Negeri Sembilan