Ada dihantar kepada Pok Cik Man rakaman suara ucapan YB sebelah Hulu Besut mendakwa tak ada satu pun Rumah Mampu Milik yang berjaya disiapkan dalam tempoh 5 tahun.
Ada YB, Rumah Mampu Milik Tempinis (RMM) Jabi dah siap.
Penerima pun dah bayar deposit.
Siapa yang dapat?
Permohonan secara online dan temuduga bagi pemohon layak telah dibuat oleh Pejabat SUK Perumahan Terengganu.
Ada syarat kelayakan telah diberikan semasa permohonan yang menjadi garis panduan pengambilan.
Ada bukti kalau pemohon yang tak memenuhi syarat telah diterima, sila lapor SPRM.
Biar pihak berwajib siasat dan kita telus dalam tadbir urus.
Cakap kosong tak ada apa-apa makna.
Sebelum ini YB yang sama dakwa dalam Sidang DUN kononnya tak ada sebuah pun masjid yang disiapkan di Besut dalam masa 5 tahun.
Ada YB, Masjid Kampung Bukit Tanah Jabi dalam Daerah Besut.
Kedua-dua dakwaan YB Hulu Besut, jawapannya ada di DUN Jabi sahaja.
Kebetulan pula DUN Hulu Besut dan DUN Jabi letaknya bersebelahan.
Dari segi kod nombor SPR, Hulu Besut N.04, Jabi N.05.
Dok kang tak ambil tahu langsung perkembangan di DUN bersebelahan.
YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu