Nampaknya umpan yang dipasang sudah dimakan.
Alhamdulillah pemimpin UMNO Terengganu sendiri telah menjawab dakwaan yang dibuat oleh pemimpin UMNO terhadap Kerajaan PAS Terengganu.
Beberapa hari lepas tersebar video Ketua Penerangan Wanita UMNO Terengganu, Wan Nasiah Binti Wan Abdul Majid yang menyatakan dengan rakusnya,
“Dari tahun 2018 sehingga sekarang, satu pembangunan pun tidak ada, satu pelaburan dari luar tak masuk pun ke Terengganu.”
Ini suatu kenyataan yang berat dan amat dahsyat.
Namun, malam ini dakwaan dan tohmahan jahat tersebut telah dijawab sendiri oleh Saudara Tengku Haphiz, Ketua Pemuda UMNO Terengganu,
“…berdasarkan Laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Terengganu hanya memperoleh pelaburan sebanyak RM 2.3bilion antara tahun 2017 hingga Jun 2022.”
Walaupun data yang diberikan ini kurang tepat dan juga bersifat jahat seperti kenyataan Wanita UMNO sebelum ini, ia tetap bercanggah antara satu dengan yang lain.
Tiada kesepakatankah antara mereka untuk mengeluarkan kenyataan mewakili parti yang sama dalam negeri yang sama?
Atau mereka sedang berlumba untuk membuktikan diri sendiri dengan populariti murahan semata.
Pun begitu bagi berlaku adil, saya memberi ruang seluasnya kepada kedua-dua pihak ini untuk menyatakan kepada kami, kenyataan siapakah yang benar antara kalian berdua atau kedua-dua mereka cuba menipu rakyat Terengganu.
Apakah kenyataan Wanita UMNO, TIADA SATU PUN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN di Terengganu itu betul?
Atau, kenyataan Pemuda UMNO yang mengatakan terdapat RM 2.3 BILLION PELABURAN yang telah masuk ke negeri Terengganu itu, yang betul?
Sekiranya tipu, jangan malu untuk mengaku
MIS