Kunjungan Hormat Ke Residen Konsulat Algeria

Kunjungan Hormat Ke Residen Konsulat Algeria

Hari ini YB Haji Satiful Bahari Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Residen Konsulat Algeria bertemu Duta Embassy Nasreddin Rimouche di jalan U Thant, Ampang.

Fokus perbincangan adalah ke arah penghantaran pelajar Terengganu ke Universiti di Algeria.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan serta para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

Semoga Allah permudahkan dan beroleh kejayaan insyaAllah.

Dalam Negeri