Belum reda kena putar belit pasal ‘hina Sultan Selangor’, kali ni BangSaif Menteri KDN attack kasi direct hit kepada Sanusi.
Dia tuduh kata MB Kedah guna duit MARRIS untuk buat benda lain, sedangkan duit MARRIS hanya diperuntukkan oleh Pusat untuk seleggara jalan raya.
Sanusi jawab, selama 3 tahun pentadbiran dia, dia tak guna duit MARRIS untuk tujuan lain.
Yang duk guna duit MARRIS tu semasa pentadbiran BN dan PH sebelumnya selama puluhan tahun.
Semasa 2020, tahun Covid – duit MARRIS tidak dapat diguna sepenuhnya.
Sementara itu walanon kasta bawahan pula sedang memviralkan surat MB Kedah mohon pas lawatan pekerja REE China.
Surat tu surat lama (2020), rasanya Sanusi sudah cheritakan secara ringkas pasal REE dan syarikat China yang mohon untuk perlombongan REE. Syarikat China itu sudah lama mohon, sejak zaman sebelum Sanusi lagi, siap bagi hadiah jam tangan kepada pihak tertentu. ratusa ribu telah habis oleh syarikat tersebut dalam proses permohonan, tapi still tak dapat mulakan projek, kerana belum ada SOP daripada kerajaan pusat. Syarikat tu mohon juga pada zaman Sanusi sebab depa dah berhabis banyak kos. Sanusi kata boleh teruskan, tapi kena tunggu SOP daripada pusat. Jadi surat permohonan tu tak pelik pun.
4) Akan ada lagi siri serangan bertali arus kepada Sanusi dan Kedah menjelang PRN nanti. Makin lama makin ganas dan direct hit. Sebab depa tau, saman ka laporan polis ka, takkan setel seminggu dia. Habis PRN pun belum tentu setel. Depa hanya mahu laba dan persepsi politik.




