Pernahkah anda mendengar tentang suatu perkara penting terjadi dalam sejarah pembentukan negara?
Ia bermula dari beberapa orang bijak pandai dalam negara yang inginkan kebebasan dari penjajahan dan mahu membangunkan sendiri negara ini dengan acuan kita.
Mereka kemudiannya bergerak mencari rakan-rakan yang sanggup untuk berjuang bersama mereka, susah dan senang.
Setelah mereka berjaya mendapatkan sekumpulan manusia yang berhati waja untuk menentang penjajah, mempertaruhkan nyawa, melupakan keluarga, tiada harta dan nama baik untuk dikejar, mereka bersatu hati, bersumpah setia dan penjajah, mereka goncangkan.
Tidak sedikit dari mereka yang gugur dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Airmata kita berguguran apabila sejarah mengatakan bahawa mereka tidak berundur sehingga nyawa diambil.
Akhirnya dari titisan darah dan airmata mereka, rakyat Malaysia mencapai kemerdekaan.
Ia adalah hasil usaha semua, PKMM, Umno, PAS, MIC, MCA dan parti lain lagi.
Tiada yang boleh mendabik dada hanya mereka seorang yang menjadi wira kepada rakyat.
Kita membaca sejarah, kita mengimbau perjuangan mereka, kita merasa begitu dekat dan bersemangat dengan mereka.
Kita ingin sekali menjadi sebahagian dari sejarah itu.
Bukan untuk mencipta nama, tetapi berjuang bersama, menjadi salah seorang dari pasukan yang menghambat penjajah dan membebaskan negara kita yang tercinta.
Sesungguhnya ia adalah zaman emas perjuangan para pejuang tanahair.
Namun, kita tetap memahami takdir.
Kita tidak boleh berundur ke zaman lampau semata-mata hanya mahu memenuhi hasrat kita untuk berjuang bersama-sama mereka.
Kita juga tiada mesin perjalanan masa untuk balik ke tahun 1940-an.
Akan tetapi ini semua bukan berkenaan tahun bila, tetapi mengenai peluang.
Mereka semua adalah peluang pertama dan kita adalah peluang kedua.
Kita semua masih boleh membantu menyelamatkan Malaysia melalui peluang kedua ini.
Tidakkah anda dengar bahawa pencalonan Dr Sam di Kemaman adalah bagi langkah besar untuk negara?
Tidakkah anda dengan komentar TS Muhyiddin Yassin berkenaan Dr Sam?
Beliau bersetuju yang Dr Sam bakal PM Malaysia.
KJ juga berkomentar yang ‘move’ PAS ini adalah untuk menghantar Dr Sam ke Putrayajaya sebagai PM.
Apabila orang luar dari Terengganu boleh melihat keadaan ini dan bersetuju Dr Sam sebagai PM Malaysia yang pertama dari bumi Darul Iman, maka apakah anda sebagai seorang rakyat Terengganu dan lebih-lebih lagi warga Kemaman yang mana di tangan andalah penentuan dan pengesahan bahawa kita sebagai rakyat Terengganu mahu menolak pinangan dari seluruh negara ini?
Anda bagaikan wali bagi pernikahan ini.
Dr Sam seorang calon yang hampir sempurna, patutkah anda menolaknya?
Inilah peluang kedua anda rakyat Kemaman untuk menyelamatkan negara bukan daripada penjajah luar tetapi penjajahan minda yang telah merosakkan negara sejak 70 tahun lalu dengan berbagai salah laku dalam pemerintahan.
Lebih malang apabila PH yang menggantikan BN melakukan semua yang mereka bangkang dahulu dan memungkiri janji mereka kepada rakyat.
Jadikan diri anda sebagai wira penyelamat negara dengan memilih Dr Sam dan menolak calon boneka dari BN yang beliau sendiri tidak tahu bertanding di Dun atau Parlimen.
Anda akan dikenang menjadi sebahagian dari sejarah besar negara.
Mengubah Malaysia ke arah lebih baik, bermula dari Kemaman.
Tangan andalah yang akan mengukir sejarah kali kedua Malaysia diselamatkan dengan memberikan peluang kepada Dr Sam untuk mencorakkan negara di kanvas kemajuan, keberkatan dan kesejahteraan.
Semua itu akan terangkum dalam keadilan.
Dr Sam sudah membuktikan di Terengganu motto Maju Berkat Sejahtera ini dijalankan dengan jayanya di Terengganu.
Pulanglah warga Kemaman, gengamlah peluang kedua ini, jangan dilepaskan.
Undilah Dr Sam insya Allah sebagai bakal PM dari Parlimen Kemaman.
Mohd Nasir Abdullah