Baru-baru ini saya bertemu sepuluh orang Korea.
Mereka bukan orang Korea dari Korea.
Mereka berasal dari Jepun.
Semasa Korea berada di bawah pemerintahan Jepun kira-kira seratus tahun dahulu, sejumlah besar orang Korea telah dibawa ke Jepun untuk bekerja sebagai buruh.
Apabila Korea merdeka, keturunan pendatang memilih untuk kekal di Jepun.
Mereka tidak mendapat kerakyatan Jepun, dan mereka juga tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihan raya Jepun.
Mereka boleh mengundi dalam pilihan raya Korea tetapi mereka tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan mereka adalah warganegara Korea.
Jadi, mereka juga tidak menyertai politik Korea.
Mereka tidak mempunyai parti politik Korea di Jepun.
Tetapi mereka kelihatan gembira dengan kehidupan mereka di Jepun.
Ramai yang berniaga dan ramai juga yang berjaya.
Syarikat mereka sering melabur di Korea.
Kita tidak mendengar sebarang konflik atau bantahan mengenai status mereka di Jepun.
Mereka seolah-olah menerima keadaan mereka dan mereka berbaik-baik.
Mereka lazimnya berbahasa Jepun.
Saya tertanya-tanya sama ada kita boleh belajar sesuatu daripada mereka.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD