Pintu Kerosakan Sudah Terbuka

Pintu Kerosakan Sudah Terbuka

Bila PASTI ajar anak solat, Quran, doa semua yg berkait agama, dia marah suruh tutup, dituduhnya PAS ajar anak-anak menjadi ekstrem semenjak kecil.

Kemudian sibuk pulak dia kata elaun guru PASTI murah.

Sambung sekolah menengah di madrasah yang ajar ilmu agama sebagai teras, hafal Al-Quran, dia sibuk nak sekat peruntukan, kata ajar pelajar jadi ganas, bodoh, tak ada masa depan.

Bila sekolah biasa buat program pick-up line, muqadimah mengorat, joget, nyanyi OK pulak.

Pick-up line pulak tu kat ustazah.

Panggil syarikat motivasi, makin merosakkan anak murid, dia tak kisah.

Baca qunut nazilah ekstrim, takbir tak boleh.

Semoga semua kawan dan saudara mara aku yang terlibat dalam bidang pendidikan terlindung dari menjadi golongan yang mencorak masa depan yang salah kepada anak-anak murid mereka amiin.

Dari pelajar-pelajar ini semua lah yang bakal menjadi pemimpin negara kita di masa hadapan.

Kata Ibnu Khaldun, jika sesebuah generasi itu rosak, ia memerlukan 40-50 tahun lagi untuk diperbaiki.

Di Indonesia, komedi mereka seperti tidak ada pantang.

Pelajar sekolah boleh sahaja membuat lucu ‘double meaning’ berkenaan keadaan ibu bapa mereka yang difahami sebagai mahu melakukan seks.

Kita masih jauh dengan budaya itu, tetapi sudah ada puak yang membuka pintu ke arah itu.

Tidak hanya rosak anak mereka, anak-anak kita juga akan turut rosak. Ini masalah sejagat.

Belum disebut berkenaan konsert yang semakin kerap datang menjengah dengan penampilan artis yang diketahui dunia sebagai penyokong LGBT.

Sudahlah pintu undang-undang menggoda isteri orang tidak lagi dianggap kesalahan, terbuka dengan luasnya.

Semuanya menjadi ramuan kehancuran bangsa kita.

Dan lebih malang, agama masih tidak mahu mereka dekati.

Bagaimana kita mahu selamat dari api neraka? Waiyyazubillah

Mohd Nasir Abdullah

Isu Semasa