Megalodon tidak akan dapat dikalahkan oleh ikan-ikan kecil mahupun ikan-ikan besar yang tidak bergigi tajam.
Walaupun Megalodon sukar dikalahkan oleh mana-mana ikan, tetapi harapan untuk Megalodon dikalahkan adalah terletak pada kekuatan jerung-jerung ganas yang ada.
Ikan paus walaupun besar, tiada kekuatan menerkam dan membaham.
Hatta Orca si paus pembunuh juga tidak punyai kemampuan untuk mengalahkan Megalodon walaupun Orca berkemampuan menang melawan jerung-jerung ganas.
Pendakwaan terhadap kluster Mahathir-Daim adalah satu langkah berani yang dibuat oleh Kerajaan Madani, atau nama lainnya kluster Anwar-Zahid.
Tindakan Anwar-Zahid umpama jerung-jerung ganas yang mula melawan megalodon yang sekian lama menguasai lautan.
Kumpulan PAS atau Perikatan Nasional tidak akan mampu mendakwa dua gergasi tua tersebut, boleh diumpamakan seperti kumpulan paus-paus Orca.
Mereka berani ke atas jerung-jerung, tetapi tiada upaya ke atas megalodon.
Gigi Orca tajam, tetapi tidak setajam gigi jerung.
Gigi tajam itu diumpamakan sebagai political will.
Jerung ada pelbagai jenis.
Ada jerung putih raksasa, jerung harimau dan bull-shark.
Majoritinya adalah taikun-taikun dan orang politik.
Sifat-sifat jerung ini hampir sama dengan sifat megalodon, menjadikan para jerung reti cara megalodon bersilat.
Atas faktor ini, saya bersetuju dengan siasatan ke atas pack Mahathir-Daim serta kroni-kroninya.
Ia adalah pertembungan taikun-taikun jerung melawan taikun-taikun megalodon.
It’s now or never.
Jika PAS/PN berkuasa sekalipun, mereka tidak akan berkonfrontasi dengan megalodon.
Pack Orca adalah pack yang berhati-hati dalam perkiraan risiko yang bakal dihadapi.
Mungkin sekadar acah-acah tunjuk kuat sahaja jika diprovok.
Dalam pack PAS/PN, hampir tiada figure yang bersifat jerung.
Jika pack PAS/PN mahu melawan pack megalodon, mereka memang perlu kepada adanya figura-figura taikun yang menyebelahi mereka.
Jika pack megalodon tewas, pack jerung-jerung akan menguasai lautan.
Ketika jerung-jerung ganas menguasai lautan, pack Orca juga tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan meneruskan kehidupan… sehinggalah ada pertembungan dalam kalangan jerung yang mahu merebut kuasa, kalangan jerung itu akan berpakat dengan Orca.
Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa