Sudah Lama PAS Mendunia

Sudah Lama PAS Mendunia

Assalamualaikum tuan-tuan sahabat semua.

Saya menerima video dari YB Senator Cikgu Hussin Ismail yang juga Pengerusi Tetap Muktamar PAS Pusat yang sekarang berada di Hydrabad Pakistan.

Mereka telah berjaya mengislamkan dalam masa dua hari yang dirancang, seramai lebih kurang 800 orang, hasil bantuan NGO di sana.

Majoriti mereka adalah orang miskin.

Inilah antara cabang kepada perjuangan PAS.

Dakwah, tarbiah dan siasah.

PAS tidak hanya menumpukan kepada politik semata-mata.

PAS ada mempunyai pusat tarbiah di semua tempat yang mereka wujud.

Sebab itu kita boleh melihat markas tarbiah, PASTI, madrasah-madrasah di seluruh Malaysia.

Mereka bergerak dengan kekuatan dan kemampuan dari sumbangan anda semua.

Tidak juga menjadi sesuatu yang luar biasa apabila ramai asatizah PAS yang bertebaran di seluruh ceruk Malaysia dijemput dalam program dakwah kerana kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan asatizah PAS.

Maka siasah ataupun politik pula adalah kuasa yang diperlukan bagi menguatkan lagi akar tarbiah dan dakwah ini untuk menjadi lebih mantap dan berkesan.

Kita berpolitik dengan mengetahui susur galur jemaah yang kita sokong dan dibuktikan sejak zaman berzaman.

Inilah yang membezakan PAS dengan kumpulan politik yang lain yang hanya mahu mencapai matlamat dunia.

Matlamat mereka itu menghalalkan semua cara.

Manakala kuasa dan kekayaan pula diturunkan kepada keluarga dan juga penyokong kuat mereka bagi mempertahankan kuasa.

Semoga PAS terus diberkati.

Jom menyumbang kepada PAS, insya Allah kita berkongsi pahala.

Mohd Nasir Abdullah

PAS