Hebat tajuk berita media sosial ultra kiasu minggu ini, yang sengaja ditularkan, kehebatan SJKC.
Antaranya menonjolkan ramainya Melayu dalam SJKC.
Ultra kiasu macam tidak sedar, SJKC yang ditonjolkan itu adalah SJKC kurang murid, yang sepatutnya ditutup, tetapi tidak dapat ditutup kerana kita takut kepada ultra kiasu, takut hilang undi
SJKC Chi Sin Batu Kikir, kata ultra kiasu mencipta sejarah tersendiri apabila 20 murid tahun satu yang berdaftar di sekolah berkenaan baru-baru ini adalah kanak-kanak Melayu
Daripada keseluruhan 66 pelajar di sekolah berkenaan, hanya empat sahaja merupakan murid kaum Cina
Guru Besar SJKC tersebut berkata, trend murid Melayu lebih ramai daripada kaum Cina di SJKC berlaku sejak beberapa tahun lepas
Sebabnya majoriti penduduk di sini adalah orang Melayu, jadi mereka senang untuk hantar anak ke sekolah ini.
Orang Cina yang muda-muda pula sudah berpindah ke kawasan lain. Senjata makan tuan.
Beliau berkata kewujudan beberapa SJKC berdekatan juga menjadi antara faktor tidak banyak pelajar Cina berdaftar di SJKC Chi Sin.
Kenapa ibu bapa keluarga Cina memilih SJKC berdekatan yang lebih ramai murid Cina di situ daripada SJKC yang ramai Melayu.
Takkan kita masih lagi tidak boleh faham apa sebabnya?
Jawapannya, paling mudah sekali, jika banyak bercampur dengan Melayu, akan terikut-ikut perangai Melayu dan mereka tidak ada pandai berbahasa Cina.
Saya masih teringat tahun 2020, keluar berita, seramai 10 murid memulakan sesi pembelajaran Tahun Satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min, Lubok Cina, sembilan daripada mereka bukan Cina.
Hanya seorang murid Cina dan seorang berbangsa India dalam kelas tunggal Tahun Satu, bakinya murid Melayu.
Mereka adalah sebahagian daripada keseluruhan 52 murid Tahun Satu hingga Enam di sekolah berkenaan dengan 39 daripada mereka murid Melayu, manakala murid Cina hanya ada 10 orang dan murid India pula tiga orang.
Ini adalah contoh lagi sekolah kurang murid, yang majoritinya adalah orang Melayu.
Lagi kelakar, di Hulu Langat, SJKC Choon Hwa, suatu ketika dahulu, SJKC ini hanya ada 23 murid, 22 Melayu, hanya ada seorang Cina.
Juga SJKC kurang murid yang tidak boleh ditutup kerana ditentang Dong Zong.
Khabarnya, SJKC ini telah mendapat penempatan baharu yang jauh lebih besar di Pandan Indah, Selangor.
Dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.
Kawasan baharu telah dipagar dengan rapi, takut dicerobohi atau takut hilang dari radar
Hebatnya, ultra kiasu. SJKC kurang murid tidak boleh ditutup walaupun tidak ada murid Cina berada di situ.
Pada masa sama, mereka akan desak supaya digantikan kawasan SJKC baharu yang jauh lebih besar.
Sepatutnya, tidak perlu digantikan dengan kawasan baharu kerana di kawasan baharu sudah ada beberapa SJKC, tetapi itulah sikap ultra kiasu, bertambah boleh, berkurang jangan.
Apakah kita masih lagi buta?
Masihkah kita mencari-cari jawapan yang dibangkitkan oleh Prof Teo Kok Seong akan masalah integrasi di negara kita.
SJKC kurang murid ini, yang majoriti ramai Melayu, tidak mendapat sambutan orang Cina kerana ada pilihan SJKC lain yang ramai murid Cina sudah jelas memberikan jawapannya.
Apakah kita masih mahu terus menyoalsiasat Prof Teo dalam hal ini?
Mohd Ridhuan Tee Abdullah