Allah Itu Tuhan Kita Semua, Tuhan Kepada Seluruh Alam Semesta

Allah Itu Tuhan Kita Semua, Tuhan Kepada Seluruh Alam Semesta

ALLAH adalah Tuhan kepada seluruh alam,

Tuhan kepada semua manusia sejak dahulu, kini dan selamanya – samada kamu percaya atau tidak, samada kamu suka atau tidak.

Tiada Tuhan yang wujud dan disembah melainkan hanya ALLAH.

ALLAH adalah Tuhan yang memiliki sifat-sifat yang mulia.

Umat Islam hanya bersujud dan menyembah ALLAH, Tuhan yang Maha Mulia.

Kemuliaan ALLAH sekali-kali umat Islam tidak akan benarkan dihina, diconteng, diletakkan pada kaki.

Begitu juga kemuliaan Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam – utusan ALLAH yang mulia.

Tiada kompromi bagi sesiapa yang cuba membuat provokasi, mencemuh, menghina, dan sebagainya.

Kamu cabar secara terbuka, pasti umat Islam akan sambut secara terbuka.

Respon umat Islam apabila ALLAH dan Rasul dihina adalah tidak akan terjangkau pada pemikiran kamu.

Jadi, lebih baik kamu jangan cuba usik.

Berbeza dengan tuhan-tuhan atau tokoh-tokoh yang kamu puja dan kamu sembah – semua itu bagi kamu sendiri kamu tidak percaya mereka itu mulia dan suci.

Kamu boleh lempar ke mana sahaja gambar dan nama-nama ‘tuhan’ kamu tanpa kamu rasa apa-apa.

Kamu boleh gambarkan watak-watak tuhan kamu dalam filem dan movie.

Kamu boleh perlekeh dan permain watak ‘tuhan’ kamu sendiri dalam tulisan, lukisan dan media.

Itulah beza sesuatu yang ‘kemuliaanya’ direka-reka, bukan kemuliaan yang sebenar.

Ingatlah, ALLAH itu Tuhan kami umat Islam, juga Tuhan kamu wahai orang bukan Islam.

ALLAH yang menciptakan kamu daripada percampuran benih ibu bapa kamu.

Dialah yang menjaga kamu dalam kandungan ibu kamu.

Dialah yang membuatkan kamu lahir ke dunia melalui perantaraan ibubapa kamu.

Hanya kerana kamu degil untuk mempercayainya, kamu tidak mahu berfikir dan insaf akan kewujudan-Nya.

Kamu dilalaikan dengan kehidupan dunia yang menyeronokkan, sehingga kamu tidak sedar bahawa dunia ini hanya sementara.

Kamu tidak mahu percaya bahawa ada kehidupan kekal abadi setelah mati, bawasanya nasib kehidupan selepas mati adalah bergantung kepada kepercayaan kamu kepada ALLAH dan hari akhirat.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis