Haramkan Perkataan Kafir

Haramkan Perkataan Kafir

Perkataan kafir adalah perkataan al-Quran yang tiada siapa boleh mengharamkannya melainkan dia merupakan seorang yang mempunyai masalah akidah yang sangat parah.

Hal ini demikian kerana pengharaman ini seumpama menolak al-Quran yang merupakan wahyu Allah SWT.

Pengharaman penggunaan kalimah kafir seumpama menafikan wujudnya orang kafir.

Bahkan penilaian dibuat hanya membabitkan warga negara dengan bukan warganegara.

Seseorang warganegara pula adalah sama sahaja dan tidak wujud Muslim atau Kafir.

Bahkan orang Islam tiada istimewanya berbanding kafir.

Golongan yang membenarkan penggunaan perkataan kafir tidak bermaksud mereka menggunakan secara dalam percakapan secara berdepan: ‘Wahai kafir’, ‘Orang kafir, mari sini’, ‘Ah Chong kafir….’

Bahkan kita tetap menggunakan: ‘ orang Non Muslim, orang bukan Islam, penganut agama lain,’ dan lain-lain.

Bahkan PAS sendiri menggunakan istilah ‘Dewan Himpunan Pendukung PAS’ dalam menghimpunkan golongan Non Muslim.

Oleh itu, golongan yang membenarkan dan mengakui perkataan kafir tidak mewajibkan memanggil orang bukan Islam sebagai kafir, bahkan mereka turut memanggil perkataan lain juga untuk golongan tersebut.

Kebiasaannya perkataan kafir sering digunakan kepada orang bukan Islam yang tidak beriman kepada agama Islam secara umum.

Atau ia digunakan secara khusus kepada orang bukan Islam yang memusuhi, menghina, mencabar agama Islam.

Hal ini sebagaimana pembahagian orang kafir dengan beberapa istilah yang lain seperti kafir zimmi, kafir Harbi dan lain-lain.

Dalam sudut dakwah, sememangnya kita tidak tujukan secara berdepan dan memanggil secara berdepan dengan kalimah kafir.

Hal ini semua orang tahu.

Hal ini tidaklah sampai perlu mengharamkan penggunaan perkataan kafir.

Alasan pengharaman kalimah kafir atas alasan dakwah adalah sangat dangkal dan seumpamanya pendakwah bodoh dan tidak berhikmah.

Alasan utama pengharaman kalimah kafir adalah kerana untuk mendapatkan undi.

Alasan ini secara jelas penunggang agama yang sanggup menggunakan apa cara sahaja untuk mendapatkan sokongan dan undi sekalipun sanggup mengharamkan perkara yang halal.

Ini merupakan the real penunggang agama yang hina.

Pengharaman ini merupakan satu sikap ekstrem dan pelampau dalam urusan agama sehingga sanggup merungkai istilah dalam al-Quran.

Ini merupakan sesuatu yang bahaya dan sangat besar implikasinya.

Oleh itu, kewaspadaan dan berhati-hati sangat penting.

Ingat, pengharaman kalimah kafir tiada kena mengena dengan memanggil orang kafir, metod dakwah dan seumpamanya.

Dr. Solleh Razak

Isu Semasa