Secara jujurnya ramai yang agak terkejut dengan 2 tokoh ini diangkat sebagai ikon anak muda di dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia:
- Kokom
- Luqman Hakim
Bukan terkejut tentang siapa yang di anugerahkan sebagai tokoh.
Mereka ini sememangnya layak diangkat menjadi tokoh anak muda.
Tetapi berkenaan penerimaan 2 ikon anak muda di atas menerima jemputan ke pentas muktamar satu parti politik.
Luqman Hakim yang sekarang sedang berkelana ke luar negara pula merakam video khas ucapan penghargaan kepada Pemuda PAS dan diwakili oleh keluarga beliau.
Ianya menggambarkan penerimaan anak muda segmen atas pagar terhadap parti politik yang kini telah menjadi salah satu kompenen dalam kerajaan.
Aku kira ini satu langkah yang baik oleh Pemuda PAS keluar dari kepompong exclusiviti sesama ahli dan dilihat sebagai satu sayap anak muda yang lebih inklusif.
Ditambah lagi satu perubahan pendekatan di media sosial Pemuda PAS yang dilihat lebih segar dan meraikan anak muda dengan pelbagai segmen dan keinginan.
Tahniah diucapkan kepada barisan peneraju sayap pemuda yang telah mewajahkan pemuda PAS yang lebih inklusif dan segar!
Tahniah juga kepada rakan sepecah kepala untuk sekian lama Hilmi Ismail yang turut diangkat sebagai ikon anak muda.
Anda layak untuk menerimanya!
Oleh : Ahmad Zulqurnain Ghazalli
