Peta Penjajahan Bumi Palestin

Peta Penjajahan Bumi Palestin

Tamadun manusia telah sampai ke penghujungnya.

Semua yang kita percaya, seperti hak asasi manusia, kesucian hidup, kebebasan, persaudaraan, kesaksamaan, kebebasan bersuara, dan kebebasan akhbar – kini telah dinafikan.

Di tempat mereka, penyokong hebat seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, secara terbuka menyokong peperangan, pembunuhan beramai-ramai, genosida, pembunuhan bayi, ketidakadilan, dll.

Mereka kini meluluskan pembunuhan beramai-ramai, menyediakan senjata dan dana, memveto sebarang percubaan untuk menamatkan perang dan genosida.

Satu-satunya golongan yang membantah keruntuhan nilai moral dan ketamadunan ialah golongan muda.

Mereka telah bangkit membantah.

Mereka menentang kerajaan mereka sendiri.

Mereka menuntut dihentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza.

Mereka bukan anti-semitik.

Ramai yang berdemo adalah Yahudi.

Mereka hanya menentang pembunuhan beramai-ramai.

Netanyahu berikrar untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai.

Matlamatnya adalah untuk menakluki Gaza dan menjadikannya sebahagian daripada Israel.

Tetapi dia tidak akan berhenti di situ.

Sasaran seterusnya ialah Tebing Barat. Kemudian Lubnan. Kemudian Syria.

Untuk mencapai ini semua rakyat Palestin mesti dibunuh.

Dan kuasa besar akan menyokongnya dengan senjata dan wang.

Kuasa veto mereka akan memastikan Netanyahu akan mencapai objektifnya.

Dr. Mahathir Mohamad

Kolumnis