Israel menyatakan di TV bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya.
Adakah ini bermakna hanya Israel sahaja yang berhak tetapi rakyat Palestin tidak berhak mempertahankan diri?
Apa yang berlaku sekarang ialah Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Ini adalah pendapat dunia. Ia juga dapatan mahkamah dunia.
Sudah 40,000 rakyat Palestin terbunuh. Israel mendakwa serangan Hamas membunuh 1400 rakyat Israel.
Tetapi selama 70 tahun Israel telah menjajah tanah Palestin, membina penempatan di wilayah Palestin, membunuh ribuan rakyat Palestin, menyeksa dan membunuh rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, menjajah Baitulmaqdis, mengusir penduduk di sana, merampas rumah mereka dan kini melancarkan perang terhadap mereka.
Untuk semua penindasan ini adakah orang Israel menganggapnya hak mereka?
Adakah mereka menganggap rakyat Palestin tidak berhak untuk membalas dendam?
Pasti rakyat Palestin juga ada hak. Tetapi mereka tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Israel.
Namun pihak Israel membunuh wanita Palestin, kanak-kanak dan juga bayi untuk melindungi Israel.
Alasan mereka adalah untuk menghapuskan Hamas.
Tetapi hakikatnya lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi Palestin bukanlah askar Hamas. Mereka bukan pejuang.
Ini bukan perang untuk melindungi Israel.
Ia adalah perang genosid untuk membunuh semua rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, Lubnan dan di mana-mana sahaja.
Israel benar-benar tidak berperikemanusiaan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD