Saya sering kali dilabel oleh ultra kiasu, mahu lebih Melayu dari Melayu, hakikatnya saya memang orang Cina, tetap Cina, ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.
Buatlah mana mana pun, saya tetap takkan jadi Melayu, Cina tetap Cina.
Bangsa (rupa) tidak boleh diubah, perangai boleh, itu kata Za’ba, saya percaya.
Namun, ada saja ultra kiasu, mengata saya lupa asal-usul, atau mahu jadi Melayu. Ada aku kisah?
Janji aku kenal siapa diri aku.
Ya, tidak dinafikan, kadangkala suara saya atau artikel saya nampak macam terlebih Melayu dari Melayu, kerana saya perlu bersuara apabila orang Melayu (Islam) tidak mahu bersuara mempertahankan hak mereka sendiri di bumi sendiri, kerana takut hilang kuasa.
Maka, saya terpaksa bersuara, meskipun nampak terlebih Melayu, nak buat macam mana?
Bersuaranya saya, tidak pula sehingga mengkritik atau menghina agama orang lain, kerana ia dilarang dalam Islam.
Kebelakangan ini, sejak ultra kiasu memerintah, setiap hari kita berada dalam keadaan resah.
Ada sahaja isu-isu sensitif yang dibangkitkan.
Mentang-mentang, mereka baru dapat kuasa, sikit punya bongkak dan sombong.
Ultra kiasu ini ingat, dengan adanya sedikit kuasa, seolah-olah Kementerian itu bapak dia punya, dia boleh buat apa sahaja, cakap ikut suka, termasuk mahu mengajar orang Islam apa itu perpaduan dan cara untuk mencapainya, dalam meraikan kepelbagaian.
Paling tidak boleh diterima, sanggup mengatakan orang Islam, parti ini dan parti itu sesat.
Kamu tahu apa tentang Islam?
Kita pun boleh kata agama dia lagi sesat dan menyesatkan. Tapi ada kita cakap?
Kita tidak cakap sebab agama kita tidak benarkan kita hina agama lain.
Itulah hebatnya agama Islam.
Masalah kerana ultra kiasu ini langsung tidak ada rasa hormat terhadap agama kita?
Dia mahu agama kita ikut cara dia. Bukan kita yang ikut cara agama kita.
Lebih kurang ajar lagi, mahu mengajar kita tentang unity in diversity dengan bersama menyambut Kristmas, bagi mencapai perpaduan.
Ini belum termasuk lagi perempuan sepet yang mahu menjadi ‘duta tuhan’ dalam usaha mengkristiankan negara ini.
Hairan bukan, bagaimana perempuan sepet ini boleh mendakwa sebagai duta tuhan, sudah tanduskan lelaki dalam kalangan mereka, membiarkan perempuan ini mendakwa dirinya sebagai duta tuhan.
Sekurang-kurangnya, biarlah lelaki yang ‘mengaku’ jadi duta tuhan. Ini tidak, perempuan.
Kalau Kristian asal yang bercacap, boleh juga tahan, ini celup dan kulub.
Siapa yang sesat sebenarnya?
Di Mesir, Kristian asal (koptik) pun tidak seagresif dan seekstrem ini, seperti sisepet, sicelup dan sikulub ini.
Adakah terkurang perpaduan kita, jika kita hanya biarkan orang Kristian sahaja yang menyambut Kristmas?
Adakah perpaduan itu hanya melalui sambutan bersama hari perayaan seperti Krismas atau perayaan lain?
Bodoh betul pemikiran sebegini.
Semua orang tahu, Islam agama yang paling meraikan kepelbagaian atau diversity.
Islam yang berkembang dan sampai ke kawasan mana sekalipun, kita tidak pernah kacau adab budaya orang atau bangsa lain.
Peranan kita cuma betulkan akidahnya sahaja. Itupun tidak dibuat secara paksaan.
Lebih hebat lagi, hak-hak bukan Islam sentiasa dijaga dan terjamin.
Sebab itu, bila Islam tersebar ke negara China, Cina tetap tetap kekal dengan Cina, cara hidup, budaya dan semua aspek kehidupan yang lain, seperti makan minum, pakaian dan lain-lain.
Cuma, yang telah memeluk Islam, mereka perlu sedikit berhati-hati daripada amalan cara hidup dan budaya yang bertentangan dengan akidah Islam, hak lain semua kekal.
Begitu juga di India, hampir 1000 tahun, Islam memerintah, tidak pernah dikacau, cara hidup dan rumah ibadat mereka.
India tetap kekal dengan keindiaannya. Inilah ajaran Islam.
Namun, apabila Islam tidak memerintah lagi, lihatlah bagaimana orang Islam dilayani, dibunuh dan dizalimi.
Paling malang, di India, orang Islam tidak boleh mengorbankan (sembelih) lembu.
Sebelum lembu disembelih, dia kena sembelih dahulu.
Lihat betapa hebatnya Islam meraikan kepelbagaian atau diversiti.
Tiba-tiba, tidak semena-mena, si sepet yang mahu tak sampai setahun jagung ini dapat memerintah, mahu mengajar kita, menjadi terlebih Kristian, mahu mengajar kita tentang meraikan kepelbagaian dan mencapai perpaduan.
Kurang ajar dan celupar sungguh.
Peliknya, orang Melayu sendiri, tidak berani menegur, malah turut bersekongkol.
Hanya kerana mereka memakai baju Melayu, kita pun jadi cair.
Dalam konteks negara kita, hak-hak bukan Islam itu bukan sahaja terjamin, malah sudah terlebih jaga.
Sehinggakan kaduk naik junjung. Beri betis nak peha.
Lebih biadab lagi, mereka mahu menyebarkan ajaran agama mereka terhadap orang Islam, yang begitu terang sekali tidak dibenarkan oleh perlembagaan.
Saya ingin ingatkan, bangsa saya, yang saya sayangi, kamu jangan terlebih atau jangan terlalu kurang ajar.
Kamu sudah terlebih, over, melepasi garisan merah.
Kalau kamu bodoh, tidak boleh diajarkan oleh Melayu yang ada dalam parti kamu, marilah belajar dengan saya, erti perpaduan dan erti meraikan kepelbagaian, sebelum terlambat.
Kepada pimpinan Melayu negara tercinta ini, contohilah negara Brunei dalam meraikan kepelbagaian dan juga sambutan perayaan.
Premis awam tidak dibenarkan menjadi tempat sambutan perayaan agama, kecuali agama negara.
Apatah lagi melibatkan orang Islam.
Bukan Islam di Brunei, hanya dibenarkan menyambutnya ditempatnya sahaja.
Adakah itu bermakna Brunei tidak meraikan diversiti?
Hakikatnya, hak bukan Islam sangat terjaga di Brunei, inilah ajaran Islam, cuma kena berpada-pada.
Jangan sampai, tenggelam identiti negara, Melayu Islam Beraja (MIB) yang menjadi identiti negara Brunei.
Belajarlah dengan Brunei, walaupun Brunei, boleh dikatakan negara baharu.
Kita bagaimana? Lagi lama dah Merdeka berbanding Brunei.
Hanya kerana terlalu meraikan diversiti, identiti negara tercampak, hilang entah ke mana.
Langsung tidak ada identiti, sedangkan identiti itu sudah termaktub dalam perlembagaan.
Negara ini berubah-ubah, kejap menjadi negara China, kejap menjadi negara India, kejap lagi menjadi lebih Kristian dari Kristian. Nak jadi apa dengan kita ini?
Inikah cara kita meraikan diversiti demi untuk mencapai matlamat perpaduan.
Perpaduan tidak dapat dicapai dengan meraikan perayaan, tetapi melalui komunikasi, bahasa, pendidikan dan pergaulan.
Ingatan saya, sebelum terlambat, pastikan sisepet yang mahu menjadi duta tuhan dan dikulub dan sicelup tidak dibiarkan bermaharajalela melakukan apa sahaja yang dia suka.
Hakikatnya di dunia ini, kebanyakan diversiti, tetap kekal identiti.
Negara China tetap kekal dengan identiti Cina, India tetap kekal identiti India, Thailand tetap dengan identiti Siam, Arab dengan identiti Arab. Begitu juga negara lain.
Malangnya Malaysia, tidak ada identiti, hanya kerana mahu mencapai unity in diversity.
Sanggup mahu membiarkan duta tuhan bermaharajalela.
Negara lain, pun diversiti juga, tetapi mereka tidak rela korbankan identiti negara.
Fikir-fikirkan semua ini, jangan buat pekak badak.
Gunakan kuasa yang ada sebelum terlambat. Sesal kemudian tidak ada gunanya.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah