Menemui semua warga PSMZA semoga Allah mengurniakan rahmah dan keberkatan kepada anda semua.
Saya terpanggil untuk mencoret warkah terbuka ini kepada anda semua kerana ada sesuatu yang terjadi melibatkan nama baik PSMZA baru-baru ini.
Isu ini datangnya dari salah seorang kakitangan PSMZA yang menjadi orang kuat Umno, tetapi tanpa malu berpolitik memfitnah secara terang-terangan.
Poster beliau dalam satu video tiktoknya baru-baru ini berkenaan anggaran perbelanjaan bagi mengadakan Mesyuarat Exco Kerajaan Terengganu di sebuah hotel di Kuala Lumpur jelas satu fitnah yang besar.
Yang nyata dalam agama Islam, yang menuduh, wajib membawa bukti jika mahu membuat dakwaan.
Tiada orang akan percaya dengan jumlah RM300 ribu untuk mesyuarat selama beberapa jam, tanpa bermalam.
Dan kalau bermalampun tidak sampai jumlah itu.
Akan tetapi, bagi memuaskan hati yang kotor, dituduh juga tanpa disertakan resit pembayaran sebanyak itu.
Kita mahu dia dedahkan resit yang dia ada dan sumbernya, supaya senang kita bawa isu ini ke mahkamah, jika dia benar anak jantan.
Tentu sekali dia tidak mahu, tidak mampu dan tidak akan lakukan kerana dia tahu ia satu fitnah.
Oleh itu kepada warga PSMZA saya yakin dan percaya bahawa sikap politik jahat memfitnah dan tidak tahu malu kakitangan PSMZA ini, tidaklah mewakili PSMZA, saya yakin kerana anda semua dari kalangan orang-orang yang baik insya Allah.
Akan tetapi nama baik PSMZA menjadi sedikit tercalar dengan adanya manusia seperti ini di dalamnya.
Di dalam profail dia membawa nama PSMZA.
Mungkin Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA dapat memberikan sedikit nasihat kepada kakitangan beliau yang terlalu berpolitik songsang sebegini.
Dan kepada pelajar-pelajar PSMZA, anda dapat melihat bagaimana seorang pensyarah Kejuruteraan Awam yang kononnya mewajibkan pelajarnya mencari fakta dan bukti dalam jawapan anda supaya diberikan markah yang tinggi, rupanya dia sendiri gagal memberikan bukti apabila menuduh.
Pengundi muda dalam PSMZA mesti sedar sikap begini perlu anda jauhi.
Jika golongan pemfitnah begini cuba mengajak anda menyertai mereka, maka anda mestilah segera menjauhinya.
Ingatlah masa depan anda lebih gemilang tanpa manusia sejenis ini.
Jika inilah harganya untuk mendapat tempat atau cubaan menjadi calon BN di Sura atau di mana-mana kerusi di Parlimen Dungun, tentu sekali tidak sepadan kerana fitnah itu bukan harganya.
*Saya tidak menyertakan link supaya anda tidak perlu ke sana. Dan memang dia mahukan isu ini jadi viral. Tiada apa selain dari gambar itu dan lagu dikir barat sahaja. Jadi kita viralkan dia melalui hantaran saya ini yang dia sebagai kaki fitnah.
Mohd Nasir Abdullah