Trump: Amerika Beri Kebenaran Kepada Hamas Untuk Memperkuatkan Semula Diri

Trump: Amerika Beri Kebenaran Kepada Hamas Untuk Memperkuatkan Semula Diri

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengakui bahawa Washington sedar Hamas sedang memperkukuhkan semula kekuatan ketenteraan (rearming) di Gaza dan mendakwa kumpulan itu telah mendapat kebenaran daripada Amerika untuk satu tempoh masa.

Dalam sidang media di atas pesawat Air Force One sebelum ketibaannya di wilayah Palestin yang diduduki (‘Israel’), Trump ditanya oleh wartawan mengenai laporan bahawa Hamas sedang bersiap semula dan menubuhkan pasukan polis Palestin di Gaza.

Beliau menjawab bahawa kumpulan itu sedang berusaha memulihkan keamanan selepas berbulan-bulan peperangan.

“Mereka tidak menyembunyikannya, malah kami telah memberi mereka kelulusan untuk berbuat demikian buat sementara waktu,” kata Trump.

“Anda perlu faham, mereka telah kehilangan kira-kira 60,000 orang. Itu satu bentuk balasan yang sangat besar,” tambahnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan oleh rejim Zionis telah mengorbankan lebih 67,000 penduduk Palestin, termasuk lebih 20,000 kanak-kanak.

Trump turut berkata bahawa Amerika mahu memastikan penduduk Gaza yang pulang ke rumah masing-masing dapat membina semula kehidupan mereka dengan selamat.

Beliau menggambarkan Gaza sebagai benar-benar musnah, sambil menegaskan bahawa banyak perkara buruk boleh berlaku ketika penduduk kembali ke kawasan yang hancur itu.

Sementara itu, isu tempoh pelucutan senjata Hamas kini menjadi salah satu perdebatan utama dalam rundingan gencatan senjata.

Para perunding dilaporkan masih tidak sependapat tentang bila dan bagaimana pelucutan senjata itu sepatutnya dijalankan.

Palestin