Kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi, semasa dia bertanding di Dun Seri Setia dahulu, semua jentera dan bantuan datang dari PAS.
Sehingga pakai baju PKR pun ahli PAS masih sanggup.
Taat kepada arahan pimpinan.
Aku senyum sahaja dengar pengakuan dia, sebab bukan di Seri Setia sahaja, tapi seluruh negara, begitulah kejadiannya pada waktu itu.
Jangan kata bantuan kewangan, fasiliti, peralatan, bahkan bantu sediakan calon untuk PKR pun, PAS lakukan.
Yang paling best dalam part membuka aurat cerita lama ni, kalau kau orang perasan, jika ahli parti lain buka cerita lama tentang kebaikan PAS dan keburukan parti sendiri, majoriti orang akan percaya cerita itu.
Tengoklah sosok seperti Rafizi Ramli, KJ, Isham Jalil, Nik Nazmi.
Tetapi apabila orang PAS yang keluar parti dan dengan gigih berusaha menceritakan keburukan PAS dan memuji musuh PAS, majoritinya tak layan pun dakwaan itu, sebab tak ada bukti dan ceritanya itu ada banyak ajinomotonya.
Tengoklah keadaan pemimpin Pan, Raja Bahrin, Ustaz Khairuddin at-Takiri, Ustaz Zuliadin.
Penat mereka berceramah tentang kesesatan PAS sana-sini, habis dalil keluar, habis pekung dan kudis dikorek keluar, tetapi undi dan kerusi PAS makin bertambah.
Sejak dahulu lagi, begitulah kejadiannya.
Bukan baharu sehari dua, tetapi sudah puluhan tahun.
Bukan kecil-kecil pimpinan, hatta Yang Dipertua PAS, keluar partipun, PAS masih gagah berdiri dan membina kekuatan sendiri.
Berapa sangat ahli yang menuruti langkah keluar dari parti oleh YDP PAS waktu itu.
Namun bila kita lihat bila Ku Li keluar Umno, pecah dua Umno 1987, sehinggakan berjaya mendapatkan semula Kelantan.
Bila Anwar dipecat, Umno sekali lagi berpecah teruk. PAS dapat Terengganu.
Bila Muhyiddin Yassin ditendang, dia keluar bersama sebahagian ahli Umno, dibantu oleh Tun M, sehinggakan Umno tumbang dari kerajaan.
PAS tidak dapat menjadi kerajaan pusat. PAS mendapat manafaat terbanyak.
Tetapi bila mana bekas pimpinan PAS yang keluar dan cuba menjatuhkan PAS, ia tidak menjadi sebagaimana yang dirancang mereka.
Sehingga kini, dalam catatan sejarah, PAS sebaliknya berjaya menang kerusi terbanyak di Parlimen, mengatasi semua parti lain.
Itulah hakikatnya, menipu dengan mendakwa PAS jahat, PAS sesat dan sebagainya, hanya akan memakan diri sendiri sahaja.
Tak percaya? Tanyalah mantan pimpinan-pimpinan PAS yang telah keluar dari jemaah dan cuba meruntuhkan PAS dari luar, apa yang sudah jadi dengan mereka? Penat….
Terkini dengan pujian dan kepercayaan oleh rakyat dan pemimpin musuh PAS semakin menggunung terhadap Dr. Sam, lagilah mereka semakin penat, nak pertahankan PMX, tetapi orang PMX sendiri membaham dari dalam.
Mohd Nasir Abdullah
