Saya Boleh Faham Mengapa DS Anwar Mengeluarkan Kenyataan Seperti Itu

Saya Boleh Faham Mengapa DS Anwar Mengeluarkan Kenyataan Seperti Itu

Saya baru pulang dari Sabah membantu jentera kempen Perikatan Nasional.

Saya boleh faham mengapa DS Anwar mengeluarkan kenyataan seperti itu.

PH berada dalam keadaan amat tertekan.

Sentimen yang ada rakyat merasa terbela oleh gaya kepimpinan Perikatan Nasional yang jelas prihatin kepada kebajikan rakyat.

Mereka tidak mahu Sabah ketinggalan dari keluarga besar negeri-negeri yang banyak sudah bertukar untuk bersama PN.

Kesilapan besar pemimpin PH menghina pengorbanan wira-wira negara yang berjuang menentang pengganas peristiwa Lahad Datu amat dimarahi rakyat Sabah.

Begitu juga bila pemimpin PH menyifatkan outbreak Covid19 yang meningkat di Sabah adalah sandiwara pilihanraya.

Ini tidak dapat diterima rakyat Sabah.

Beliau berdepan masalah kepimpinan beliau yang mula dipersoalkan penerimaan oleh rakan-rakan parti komponen Pakatan Harapan sendiri.

DAP menganggap Shafie Apdal pilihan sebagai PM.

Tun Mahathir memang tidak menerima beliau.

Kerana itu bila DS Anwar membuat kenyataan media semalam, yang hadir hanya isterinya DS Wan Azizah dan SUA PKR.

Ke mana hilangnya DAP, PAN?

Mengapa tidak menunggu SPB YDP Agong sihat dulu?

Tidak kah lebih bertatasusila dan sopan jika dibincangkan dengan semasaknya dahulu dengan YDP Agong, barulah meminta izin berkongsi dengan rakyat (itupun jika betul)?

Ini belum muktamad, DS Anwar mendahului YDP Agong dengan mengumumkan “kerajaan yang ada sudah runtuh” sedangkan kerajaan masih ada, berfungsi, malah terus mengumumkan berita-berita gembira yang memperbaiki sentimen misalnya pakej RM10 Billion Bantuan Prihatin yang diumumkan YAB PM semalam khusus untuk golongan B40.

Sebaliknya kenyataan Anwar hanya merosakkan pasaran.

Pasaran merudum sebaik khabar awal pengumuman yang mahu disampaikan DSAI berlegar sekitar 10 pagi.

Terus merudum pukul 12 tengahari.

Kembali pulih hanya setelah perutusan khas dari YAB PM.

YB Hj Ahmad Amzad Hashim

Politik