Masih ingatkah kita tentang Keluarga OKU yang dibantu oleh Ustaz Ebit Liew.
Ustaz Ebit Liew telah pindahkan keluarga tersebut ke sebuah rumah baru.
Ya Allah, tengahari ini Ustaz Ebit Liew mendapat berita bahawa kakak yang tiada kaki yang baru dipindahkan ke rumah baru pada hari lahirnya baru sahaja meninggal dunia.
Ustaz Ebit terus bergegas ke Kuantan dengan Van Jenazah.
Selepas beberapa hari pindah rumah baru, kakak tersebut berkata hari tu.
“Allah dengar doa saya.”
“Saya dapat pindah rumah baru dekat pula dengan kubur anak perempuan saya yang baru meninggal tahun lepas ketika umur 12 tahun.” katanya
Sesampai jer kami ke rumah keluarga tersebut, anak lelakinya terus memeluk saya sambil menangis.
“Syukur mak dapat masuk rumah baru.”
“Mak gembira sangat ustaz.”
“Mak nak jumpa ustaz lagi.”
“Mak tak sangka Allah hantar ustaz,” luah anak lelakinya.
Beliau tidak berhenti menangis.
“Nak tahu tak kenapa kami jadi rapat.”
“Dia dah tiada sesiapa lagi dalam hidupnya.”
“Ayahnya minor strok.”
“Adik dah tiada.”
“Dia sendiri OKU Pembelajaran. Lembam.”
Beliau adalah seorang anak yang baik yang selama ini sentiasa mengurus ibunya termasuk memandikan ibunya.
Teman rapatnya hanyalah ibunya.
Ujian dirimu adik. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Terima kasih kawan dan saudara jauh yang hadir.
Terima kaseh imam, jiran yang mandikan jenazah.
Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus untuk kakak.
Kakak orang baik dan sabar.
Ebit Liew




