Warisan Meroyan (Bekas DAP Sebenarnya)

Warisan Meroyan (Bekas DAP Sebenarnya)

Junz Wong menggunakan PAS untuk menyerang STAR dan PBS.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu pun kerja PAS cuma pacak bendera.

Tetapi oleh sebab pengkhianatan dari PBS dan STAR, seluruh Sabah terpaksa menanggung kerosakan yang sudah bermula,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. (1)

Di dalam serangan itu, Junz tidak menyatakan apa sebenarnya yang melampau mengenai PAS, tapi siapalah peduli pasal fakta kan.

Apa yang penting ialah parti ini tak boleh tidur bersama parti itu sebab dia kata macam itu.

Setiap parti politik sekarang telah hilang kelayakkan untuk menggunakan fitnah ini sebab parti politik mana yang tidak tidur dengan pihak pembangkang?

Dulu DAP x PAS boleh, tapi orang lain nak tidur dengan PAS tak boleh.

Combo yang kita belum dapat ialah DAP x Umno saja secara parti asal – DAP x PPBM x PKR x Warisan itu semuanya ada bekas Umno.

Maksudnya kalau tukar nama, jadi halal ke?

Tapi sekiranya Anwar Ibrahim betul-betul ada sokongan untuk mengganti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, kita akan lihat combo yang amat menjijikkan itu menjadi kenyataan. (2)

Tapi apa yang menjijikkan TIDAK SALAH dari segi undang-undang.

Sepertimana DAP pernah menyerang Junz Wong sebagai pengkhianat kerana melompat keluar DAP untuk menyertai Warisan pada 2016.(3)(4)

Bagi DAP, itu perbuatan jijik melompat keluar parti, tapi ianya tidak menyalahi undang-undang.

Dan DAP hanya menganggap perbuatan melompat keluar dari parti mereka perkara jijik, tapi kalau Umno nak masuk Pakatan, bolehlah.

Takde masalah.

Mahathir dan PPBM dulu tak perlu tinggalkan Pakatan masa Umno lompat masuk PPBM (sepertimana yang DAP menggesa STAR dan PBS buat di sini).

DAP juga tak cukup berprinsip keluarkan parti mereka sendiri untuk menunjukkan mereka setia kepada konsep tak nak tidur dengan orang jijik.

Woi, kamu semua dah tidur sekatil dah.

Semuanya bekas suami isteri.

Asyik saja nak burukkan nama ex, kahwin sini, cerai sana.

Insaflah sikit.

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. PBS, STAR bertanggungjawab atas ‘kemenangan’ PAS – https://www.sinarharian.com.my/…/PBS-STAR…
  2. Anwar to meet Agong next Tuesday – https://www.freemalaysiatoday.com/…/anwar-to-meet…/
  3. JUNZ HAS BETRAYED PARTY; MUST RESIGN FROM THE SEAT, SAYS DAP YOUTH – https://www.borneotoday.net/junz-has-betrayed-party-must…/
  4. Junz Wong refuses to vacate seat, hopes DAP understands – https://www.freemalaysiatoday.com/…/junz-wong-refuses…/
Politik