Tuan Guru Haji Abdul Hadi: Strategi Politiknya Sukar Dibaca

Tuan Guru Haji Abdul Hadi: Strategi Politiknya Sukar Dibaca

Sentuhan percaturan Politik Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak semua boleh dibaca oleh ahli PAS atau pihak musuh dan memang tidak dapat dijangka.

Cukup hebat, penuh dengan hikmah dan rahsia.

PAS tidak bertanding dapat satu kerusi di Sabah.

Hasil kebijaksanaan pimpinan tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS masih lagi terbaik dari yang terbaik dari seluruh dunia Islam.

GRS yang ada dalamnya PN, MN dan PBS memperlihatkan setia kawan kepada PAS.

PAS rela tidak bertanding di Sabah demi membuka pintu kepada rakan MN dan PN bertanding.

Namun PAS turun padang membantu rakan berkempen.

PAS kena sindir.

Parti lebai hanya sekadar pacak bendera.

Itulah taraf PAS.

Begitu sinisnya penyokong PH terutama Pan terhadap Pas.

GRS menang berjaya menubuhkan kerajaan di Sabah.

GRS berbesar hati memberi peluang kepada PAS di DUN Sabah dan melantik jadi ADUN.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan menjadi pemimpin pertama daripada PAS di dalam pimpinan kerajaan baharu Sabah selepas dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.

Aliakbar, 49, dilantik di sebalik tekanan terhadap kerajaan negeri agar tidak melibatkan Pas di Sabah.

Rujuk link ini:

https://www.borneotoday.net/aliakbar-pemimpin-pas…/

Perlantikan itu besar bagi PAS.

Peluang itu menjadi asas kepada uslub PAS untuk berdakwah dan memberi tarbiah.

Seni politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi halus dan penuh strategi.

Mari kita imbau di pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Umno hendak orang Umno.

MCA mahu orang MCA.

Tentulah ramai menjangka PAS akan sokong Umno pilih orang UMNO.

Tapi Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri sokong MCA jadi calon.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, sokongan yang diberi adalah selaras dengan persefahaman Muafakat Nasional dengan UMNO yang dipersetujui partinya.

“Saya dengan ini mengesahkan Presiden PAS bersetuju dengan calon yang dikemukakan sebagai calon mewakili BN dalam PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 Nov nanti, iaitu Datuk Seri Wee Jeck Seng dari MCA.

Rujuk link ini:

https://www.astroawani.com/…/presiden-pas-setuju-dengan…

Ramai ahli PAS yang kecewa, ada yang marah, dalam usrah ramai ahli Pas menjeruk rasa.

Rupanya TGHH nampak apa yang orang lain tidak nampak.

PRK Tanjung Piai adalah PRK pertama selepas Piagam MN termeteri.

Fitnah yang dilemparkan kepada MN adalah rasis dan keagamaan Islam.

Namun bila PAS menyokong MCA, semua baru sedar MN bukan rasis dan keagamaan.

Akhirnya MCA menang majoriti besar 15800.

Satu sejarah tercipta dalam PRK.

DAP….tertutup mulut yang hendak mainkan MN rasis dan keagamaan.

Meleset juga bila MN dicap sebagai Taliban.

MN juga merupakan idea besar PAS.

Tidak dijangka dua parti Melayu bermusuh selama 60 tahun boleh duduk semeja menjalin hubungan pemuafakatan hati ke hati.

Politik