KUALA LUMPUR 18 NOVEMBER 2017. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri melawat Bekas Ketua Pembangkang, Ddatuk Seri Anwar Ibrahim di HKL. NSTP/EMAIL
Pakatan dah menyerang kerajaan baru Sabah kerana memberi satu kerusi kepada PAS.
Tapi DAP juga kata mereka sokong Anwar Ibrahim sekiranya beliau dapat mandat untuk menjadi PM sedangkan mandat itu dikatakan datangnya dari Umno.
Zahid Hamidi pula tak nafikan, cuma nak tengok dulu hasil pertemuan Anwar dengan YDPA.
“Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah UMNO akan meneliti dengan penuh bijaksana hasil pertemuan dalam majlis menghadap Yang DiPertuan Agong,” kata Ahmad Zahid kepada portal Suara Merdeka hari ini. (1)
DAP pula dilaporkan gementar.
Nak sokong Anwar, tapi takut nak sokong juga sebab ia bermaksud menyokong Umno. (2)
Susah kan nak berterus terang sebagai ahli politik?
Ada MP Umno yang nafikan sokongan diberikan kepada Anwar, tapi tak ada siapa pula membidas kenyataan Zahid yang tak ada pendirian kukuh.
DAP pula enggan memberikan kenyataan bahawa mereka akan menolak menyokong Anwar sekiranya sokongan untuk membentuk kerajaan pusat datangnya dari Umno.
Kenapa DAP boleh kutuk kerajaan Sabah tidur dengan PAS tapi mereka buat tak tahu perkembangan politik di Putrajaya?
Kenapa Umno boleh serang DAP tiap-tiap hari tapi tak nak kritik presiden mereka pasal sokongan yang diberikan kepada Anwar?
“Adalah sukar untuk membuat seorang lelaki memahami sesuatu ketika gajinya bergantung kepada ketidakfahamannya tentang perkara tersebut.” – Upton Sinclair.
Sama juga dengan mana-mana ahli politik mana-mana kuasa yang mereka ada itu berkaitan dengan mereka tidak dapat memahami sesuatu.
Sebab-sebab kita melihat benda dengan jelas hipokrit dan jijik perbuatan mereka tu tapi mereka pula buat seolah-olah tak faham.
Faham-fahamlah.
Kedamaian.
Mak Khuin Weng – マ ク
1. UMNO akan teliti hasil pertemuan Anwar dengan YDPA – Zahid – https://malaysiagazette.com/…/umno-akan-teliti-hasil…/
2. DAP caught between Anwar and Umno – https://www.thevibes.com/…/dap-caught-between-anwar-and…
