A PAS supporter walks near PAS flags at the 65th Muktamar in Kuantan June 22, 2019. Picture by Mukhriz Hazim
PAS tak letak Putrajaya sebagai matlamat, tetapi akhirat.
Putrajaya hanya bonus.
Dapat OK, tak dapat pun tak pening kepala.. teruskan perjalanan.
Parti lain?
Memang tergila-gila nak ke sana dan duduk di singgahsana, kerana di situlah matlamat kemuncak mereka.. iaitu kuasa dan dunia.
Bila tak dapat.. langit seakan runtuh menimpa mereka, gegak gempita.
PAS tenang kerana ada panduan dalam perjalanan.
Al Quran, Hadis dan rujukan syara’ sudah memadai untuk PAS menjangka semua halangan di jalanan dan kaedah menempuhinya.
Road map dan kompas sudah ada di tangan PAS, insya Allah kalau keduanya tak dibuang.. PAS tak akan tersesat jalan.
Parti selain PAS?
Jelas tiada rujukan.
Hanya fikiran dan nafsu jadi pedoman.
Masing-masing ada agenda tersendiri.
Zahirnya bergabung, tetapi dalamannya berpecah teruk diakibatkan oleh nafsu dunia yang terlalu besar dan tak mungkin dapat dipuaskan.
PAS tenang-tenang saja kerana PAS hanya ada satu matlamat, iaitu mencari redha ALLAH dan RasulNya.
Redha ALLAH ini biasanya tak direbut orang.
Kalau rebut pun.. tiada siapa yang dengki dan sakit hati.
Lagi pun perbendaharaan ALLAH terlalu luas, takkan habis habis.
Anugerah ALLAH itu terlalu banyak, suci dan kekal selama-lamanya.
Apa nak risau?
Sebab itulah ahli PAS tenang, tak macam ahli dan pemimpin parti lain yang risau dan cemas dengan dunia yang sedikit, terhad dan terbatas.
Sudahlah sikit, akan binasa pula tu!
Parti lain jadi cacamarba kerana kebodohan manusia di dalamnya berhempas pulas merebut dunia yang sedikit, lenyap dan binasa dalam waktu yang segera.
PAS tenang, kerana pemimpin dan partinya telus lagi tulus.
Pemimpin PAS tak kejar harta.
Sebahagiannya memang dah ada yang kaya, sebahagiannya kaya ilmu dan hati.
Pemimpin PAS tak kecoh dengan jawatan kerana mereka bukan nak cari kekayaan melalui jawatan.
Mereka tak perlu merasuah untuk beli undi, untuk membiayai parti dan kemewahan diri.
Mereka tiada agenda tersembunyi.
Niat mereka kerana ALLAH dan berkhidmat untuk masyarakat.
Andai rakyat tak terima khidmat mereka.. apa yang nak dirisaukan?
Wang mereka dalam poket ahli.
Mereka tak perlu membeli kesetiaan sesiapa.
Mereka tiada desakan segera sehingga perlu mengumpul jutaan dana untuk membiayai kegiatan parti.
Ada duit, buat.. tak ada, tawaqquf dulu.
PAS tenang kerana tak bermusuh dengan sesiapa sebenarnya, apatah lagi mencari musuh.
Sebaliknya, musuhlah yang suka cari pasal dengan PAS.
Ahli PAS dah lama diajar supaya tutup telinga saja terhadap caci maki.
Jadikan caci maki itu umpama najis yang menjadi baja dan menyuburkan pokok dan meranumkan buah dari perjuangan.
Lagipun, kami dah diajar yang ISLAM tetap akan menang juga akhirnya asal kami istiqomah.
So.. rilek lah, kemenangan dah pasti dalam tangan.
Apa kecoh kecoh bro?
Inilah yang menjadikan PAS itu tenang.
Ada banyak lagi sebenarnya.. nantilah dulu.
Abdul Kadir Sidek
