Alhamdulillah sepanjang PKP ini pemimpin PAS samada Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri, MP, Exco Negeri-Negeri, Para ADUN, dan ahli PAS sama ada yang berjawatan atau tidak dalam kerajaan terus berkhidmat dan berbakti untuk kesejahteraan rakyat.
Walaupun difitnah, dimaki dan dikeji oleh cyber trooper Pakatan Harapan, mereka terus bekerja untuk rakyat dan negara.
Tiada seorang pun pemimpin PAS sibuk dengan kelompok perebutan kuasa.
Seperti yang ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS menerima apa saja amanah yang diberikan oleh kerajaan yang ada.
Rakyat boleh menilai gerak kerja PAS membantu rakyat.
Siang mereka menyantuni keperluan rakyat dan pada malam hari mereka terus membina rohani rakyat.
Benarlah kata Dr Aliakhbar ADUN PAS yang dilantik “biar kita lawan kerja dari beretorik berkata-kata”.
Ramai politikus yang beretorik dengan slogan demi rakyat, mandat rakyat, bantu rakyat dan sebagainya tetapi pada hakikatnya mereka yang kaya raya namun rakyat tetap dan terus menderita.
Sebenarnya PAS telah lama bergerak membantu rakyat walaupun tanpa kuasa.
Ketika tiada kuasa, mereka akan berusaha sendiri untuk membantu rakyat dengan jumlah kewangan dan sumber yang terhad.
Lihatlah di Selangor tokoh-tokoh seperti Dr Halimah, Ir Iskandar Samad, Zaidy Talib dan lain-lain walaupun tidak lagi menjadi Exco atau ADUN tetap turun membantu rakyat.
Begitu juga amilin PAS dari AMAL, ARC, AMERAH dan sebagainya terus bersama membantu rakyat dengan wang ringgit, harta, tenaga dan masa.
PAS tidak mempunyai dana dari tokey-tokey besar atau kuasa luar seperti parti-parti lain namun tetap ada penyumbang atau dermawan yang istiqomah.
Lihat bagaimana PAS Sabah dan PAS Selangor bekerja (ketika ketiadaan air) tetap bekerja membantu rakyat walaupun difitnah dengan pelbagai tuduhan buruk.
Begitu juga di Sarawak PAS terus bekerja walaupun PAS tiada kerusi pun di sana.
Ini adalah kerana PAS bukan sekadar parti politik tetapi juga gerakan Islam yang membawa Siasah, Tarbiyah dan Dakwah.
Pejuang PAS bukan bekerja semata-mata untuk dunia tetapi yang paling penting ia sebagai amalan ibadah untuk bekalan di alam akhirat sana.
Sebagai Tarbiyah pejuang PAS dididik berkerja kerana Allah swt.
Dalam dakwah PAS tidak jemu-jemu mengajak manusia kepada Islam yang syumul.
Dalam siasah PAS berusaha untuk membawa politik negara yang berpandukan Al Quran dann Sunnah.
Tentunya perjuangan ini penuh mehnah dan tribulasi.
PAS mendidik dengan lisan dann amali.
Walaupun PAS tidak sempurna tetapi PAS sentiasa bergerak membaiki jemaah dan boleh bekerjasama dengan sesiapapun demi agama bangsa dan negara.
Kita sebagai pendokong PAS perlulah menjadi duta PAS di tempat kita.
Jadikan PAS sebagai tempat rakyat berteduh dan bergantung harap.
Dari peringkat negara, negeri, daerah hinggalah d kampung-kampung.
Setiap peringkat perlu bergerak membantu rakyat dan membangunkan tempat masing-masing.
Bukan kerajaan atau tiada kuasa bukan dijadikan alasan.
Lihat bagaimana Kota Raja Care, Aku Syabab Care, Pasir Gudang Care, ARC dan lain-lain sedia membantu rakyat.
Mereka bukan dapat peruntukkan daripada kerajaan tapi bergerak atas inisiatif sendiri.
PAS cawangan-cawangan atau kawasan boleh bergerak sendiri untuk membantu rakyat.
Apatah lagi sekarang PAS adalah sebahagian kerajaan Persekutuan di mana kita boleh meminta agensi-agensi kerajaan memberi bantuan.
Kita boleh menjadi pemudahcara bagi rakyat dgn agensi-agensi kerajaan.
Dalam keadaan sekarang rakyat amat memerlukan bantuan.
Semua dewan-dewan dalam PAS perlu digerakkan untuk membantu rakyat.
Jangan hilang fokus dengan fitnah dan adu domba musuh-musuh PAS.
Kuatkan Penyatuan Ummah termasuk dengan NGO-NGO Melayu dan Islam.
Teruskan dakwah kepada non-Muslim serta NGO-NGO mereka agar mereka memahami keadilan Islam.
Kita terangkan kebaikan islam untuk mematahkan fitnah dan tuduhan yang dibuat oleh musuh-musuh PAS.
Jika semua kita menjalankan tanggung jawab kita insyaallah kita dapat membina negara yang sejahtera untuk semua tanpa mengira agama dan bangsa.
Islam adil untuk semua dan mampu membina negara yang aman sejahtera.
TERUS ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
SIRU ALA BARAKATILLAH
HJYANALI