Jom Renung Bersama

Jom Renung Bersama

Kepada sahabat saya yang punya ilmu undang undang, terutama “constitutional experts”, marilah bantu saya mencari jawapan perkara berikut.

Yang berkait dengan ketakutan rakyat terhadap penularan COVID-19:

1. PRK Batu Sapi wajib diadakan dalam tempoh 60 hari dari kekosongan, tapi rakyat minta PRK ditangguhkan dan pegawai takut untuk ke zon merah.

2. Tempoh DUN Sarawak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib di adakan.

Namun semua orang takut apa yang berlaku di Sabah selepas PRN menimpa Sarawak.

Mereka minta PRN ditangguh dulu.

3. Pelbagai pihak mengugut mau menjatuhkan Perdana Menteri melalui sidang parlimen bulan depan.

Jika itu berlaku maka PM boleh bubarkan parlimen dan PRU perlu diadakan.

Tetapi rakyat tidak mahu pilihanraya diadakan kerana takut merebaknya COVID-19.

Undang-undang mana boleh di pakai untuk menangguh pilihanraya supaya KITA DAPAT MEMPASTIKAN COVID-19 terkawal dan tidak mengancam nyawa rakyat.

Kini beribu rakyat di hospital.

Beribu frontliners dan anggota keselamatan terpaksa menjalani kurentin.

Berbillion dana negara terpaksa dibelanjakan.

Itu dalam keadaan Malaysia diiktiraf dunia sebagai negara paling berjaya mengekang penularan wabak ini.

Bagaimana agaknya kalau dalam tempuh dua tiga bulan ini kita mendahulukan perebutan kuasa politik demi demokrasi di saat rakyat sedang bertarung nyawa dengan ancaman COVID-19.

Kuasa apa dan undang-undang mana boleh kita tangguh perebutan kuasa ini?

Terima kasih atas nasihat perundangan yang bakal diberi.

Tan Sri Annuar Musa

Isu Semasa