Kerajaan Muhyiddin hampir runtuh, atau begitulah spekulasinya.
Bagaimanakah kita akan melangkah ke hadapan?
Yang DiPertuan Agong kita telah memberikan jawapannya dalam kenyataan akhbarnya.
“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.”
“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.”
YDPA menitah semua MP jangan menganggu kestabilan politik – maknanya jangan buat undi tak percaya buat masa ni.
“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.”
YDPA juga nak bajet diluluskan untuk memulihkan ekonomi negara.
Dalam bahasa Inggeris – Muhyiddin has been given YDPA’s blessing to continue as Prime Minister and warned the politicians not to mess with the budget.
Jadi teruskan aje la.
Kalau MP Pakatan ataupun separuh MP Umno nak buat hal nanti, kita semua akan tahu siapa yang setia kepada Raja dan Negara dan siapa yang derhaka.
Ampun Tuanku.
Edit: Jangan lupa bahawa kuasa untuk isytiharkan darurat masih di bawah YDPA.
Kalau ada MP yang bantah bajet sehingga ia tidak dapat diluluskan nanti, YDPA boleh mengumumkan darurat juga.
Tak terlambat.
Dan masa tu YDPA boleh dengan yakinnya menyatakan mana-mana MP yang buat hal sehingga Baginda terpaksa mengambil tindakan.
Mak Khuin Weng – マ ク
- Adakah Muhyiddin berada di ambang kehancuran? https: //www.thevibes.com /…/ is-muhyiddins-govt-on-brink …