Benarkah Apa Yang Dikata?

Benarkah Apa Yang Dikata?

Semalam YB Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP berkata bahawa, DAP akan komited mempertahankan Institusi Di-Raja, hal istimewa Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.

Tetapi kenapa?

  1. YB Ronnie Liu (Sg Pelek) sertai perhimpunan yang dihadiri 400 bekas komunis di Kolej New Era Kajang pada 1 Disember 2019?
  2. Pada 21 Okt 2020 di Bangkok, kenapa YB Ronnie Liu berkata, “Now in Bangkok. They are saying no to King!”?
  3. Kenapa YB Ngar Khor Ming (Pengerusi DAP Perak) berkata bahawa datuknya (juga datuk kepada Hanah Yeoh) yang merupakan pejuang MPAJA (Bintang 3/PKM) sebagai pejuang negera?
  4. Kenapa Koon Yew Yin (taikun DAP) sanggup menghina ATM dengan katanya, ATM hanya menghabiskan masa dengan makan dan tidur sahaja (14.8.2019)?
  5. Saya catatkan peristiwa penyeludupan abu Chin Peng (pimpinan PKM) ke Setiawan, Perak.
  6. Siri peristiwa menaikkan bendera 5 bintang, bendera jalur hitam, bendera terbaik.

Senarainya masih panjang dan saya tidak akan biarkan sejarah ini dilupakan begitu sahaja.

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Isu Semasa