Foto: Kediaman Tengku Husin Berwajah Baru

Foto: Kediaman Tengku Husin Berwajah Baru

Takkala YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah melangkah masuk ke kediaman Tengkug Husin bin Tengku Wook, 79 tahun di Kampungg Sungai Rengas sebulan yang lalu, seakan tergaman melihat rumah yang didiami bapa kepada 5 orang anak ini bersama isteri.

Rumah yang sangat uzur di dalamnya sehingga lantainya hanya beralas tanah.

Bilik yang hanya ditabiri kain lusuh dan zink sahaja.

Semuanya membuat pandangan setiap orang menjadi sebak dan berpinar .

Amanah yang di galas bagai menghentak jiwa, apatah lagi memandang 3 anak Tengku Husin adalah orang kelainan upaya (OKU).

Hari ini YB Ustaz Wan Sukairi dan isteri datang lagi setelah sebulan berlalu.

Datang kali ini dengan hati yang berbunga, senyumnya melirik melihat rumah Tengku Husin sudah berubah 80 peratus.

“Alhamdulillah…Kita tahlil kesyukuran atas kurniaan Allah SWT yang mempermudahkan segalanya,” kata Ustaz Wan Sukairi.

Pusat khidmat Masyarakat Dun Wakaf Mempelam dan MPKK Sungai Rengas menceriakan dalaman rumah dengan sedikit perabot dan alas getah.

Encik Azmi A. Rahman, Penolong Hal Ehwal Masyarakat i-Mits dan Ketua Kebajikan DUN Wakaf Mempelam Puan Azizah bersama Pengerusi MPKK Encik Nasrudin dan ahli jawatankuasa MPKK saling membahu menghias rumah.

“Alhamdulillah..sesungguhnya tiada yang mustahil jika kita berusaha, selebihnya Allah SWT jua tempat kita berserah,” kata Usraz Wan Sukairi lagi.

Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah adalah Pengerus Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri Terengganu dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam.

Pulau Pandan jauh ke tengah

Gunung daik bercabang dua

Hancur badan di kandung tanah

Amanah di pikul di persoal jua

Dalam Negeri Terengganu